Chapter 12

Fantasy Series 1561

## Kau adalah nadiku,nafasmu nafasku jua...bertahanlah sampai muncul si pelangi lagi.##

*******************************************************

Setelah beberapa hari,Phoebe sedar dari lenanya.Dia sudah sembuh sepenuhnya cuma hatinya saja belum sembuh.

Buka saja matanya,Cole tersenyum disisinya.Phoebe hanya menyepi.Dia ingin bangun dari baringnya,Cole lantas ingin menbantu dengan tiba-tiba Phoebe menolaknya hingga Cole terjatuh dari katil.

Phoebe terkejut,dia membelek-belekkan tangannya.Darimana kuasa itu?
Sedangkan dia hanya biasa-biasa menolak tanpa niat untuk berkasar dengan Cole.Apatah lagi Cole adalah orang yang amat dirindui dan sayangi.
Dia menjadi takut.

Cole yang menahan sakit ditolak kasar begitu turut merasa pelik."Apa sudah jadi dengan dia?Apakah dia mempunyai kuasa selepas meminum darahku walau sedikit?"tanya Cole dalam hati.

Leo yang memandang Cole sudah diatas lantai hanya menayang giginya tersenyum dan berkata"Apa macam?sakit tak?"

Cole menayang muka merah menahan marah.
Phoebe pula serba salah lantas meminta maaf pada Cole kerana tidak sengaja.

Leo meminta Cole berjumpanya di luar bilik.

Phoebe menghalang Cole dan berkata"Saya haus,tolong berikan saya darah sekarang"

Cole tercenggang tapi dengan pantas memberinya segelas darah, dengan sekelip mata Phoebe minum habis darah yang diberikan.

Sesudah di luar bilik.

Leo berkata"Jangan terkejut.Dia memang sudah mempunyai kuasa macam kau,sedikit darah kau dalam tubuhnya memberi dia kekuatan secara perlahan-lahan selepas dia berjaya merungkai sumpahan itu.Itu anugerah yang dia dapat."

Cole"Tapi kenapa aku tidak boleh baca fikirannya?Membuatkan aku tidak boleh tahu apa yang berlaku sebenarnya?Malah kami belum pun bersatu"

Leo menjawab"Sebab dia tulus mengorbankan diri dia sendiri.Dia belum sepenuhnya menjadi pontianak.Deria dia masih tertutup,apatah lagi orang yang sayangi adalah kau.Hanya kau yang boleh membuka deria dia."

Cole terkejut dan bertanya meminta kepastian.
"Maksud kau jadikan dia pontianak sepenuhnya?"

Leo mengganguk dan berkata lagi"Itu pun kalau dia rela dan masih mempercayai kau."

Cole terdiam seketika.Mampukah Phoebe mempercayai dia lagi.?Sampai hampir nyawa digadai untuknya.Betullah kata Pheobe dulu padanya yang dia akan menyesal atas apa yang berlaku,dia akui dia memang menyesal sekarang tapi kerana terlalu sayang dia tidak sanggup Phoebe menjadi serigala dan menjauh darinya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience