Chapter 5

Fantasy Series 1561

"Yakinkan aku bahawa kaulah pelindungku"

###############################

Sejak mendengar kata-kata Cole tempoh hari,Phoebe menjadi sepi dan takut untuk menempuh hidup ini bersama Cole.
Ya,Cole jejaka maskulin,tampan,tinggi lampai,
penyayang,memiliki senyuman yang memukau dan prihatin.Memang semua itu ciri -ciri jejaka idamannya dari dulu lagi,tapi yang mustahilnya sekarang,mampukah dia hidup bersama pontianak sedangkan dia hanya manusia biasa...Persoalannya kenapa mesti dia?

Phoebe masih tinggal di halaman kampung Cole.
Dia pening bila memikirkan hidupnya sekarang .Pontianak?Serigala?

Leo memang selalu berkata padanya yang dia ni pelik selalu berkhayal dengan dunia luar.Dunia fantasi yang tak mungkin ada.Tapi sekarang,bila berdepan dengan kejadian kejadian yang mengerikan,dia menjadi takut.Mampukah Cole menjaganya?Akan matikah dia ditangan pontianak atau ditangan serigala?kenapa Leo merahsiakan identiti dirinya?

Phoebe hanya mendiamkan diri.Cole yang memerhatinya sejak pagi terlalu risau.Cole menghampiri Phoebe dan berkata"Awak,hari ini awak diam je ,awak selamat dengan saya jangan risau.Awak belum minum dari pagi,nah air."
Phoebe menjeling"Air ke darah awak?Sampai bila saya harus minum air yang ada campur darah awak hah?Kenapa mesti saya???"

Cole faham Phoebe serabut sekarang,dengan setenang yang mungkin dia menjawab"Sampai selamanya awak kena minum air yang ada campur darahku.Awak nak tahu kenapa awak,sebab hanya darah manusia keturunan Halliwell saja boleh melindungi kerajaan kami,malah boleh merungkai sumpahan puak kami yang tidak boleh berkembang,hanya perlukan titisan darah awak di garisan hitam penghadang di luar rumah kami ini,dengan syarat kita perlu bersatu.Kahwin dengan saya?"

Mendengar penjelasan Cole,Phoebe menjadi hiba dan menangis sambil berkata"Kalau itu yang awak mahu,kenapa awak tak ambil jer darah saya dan titiskan pada penghadang ?lepas tu awak boleh terus bunuh saya,tak perlulah saya tengok semua kejadian semua ni."

Cole merapatkan dirinya pada Phoebe,dengan pantas mencium bibir Phoebe seketika.Mengelapkan airmatanya dengan jemari sambil berkata"Kenapa perlu suruh saya bunuh awak selepas hati saya terikat dengan awak?Saya sayangkan awak.Saya akan melindungi awak dari Leo dan puaknya.Percayakan saya"

Phoebe tercenggang,walau hatinya ada bahagia tapi terselit juga rasa takut dan kecewa"Saya pun sayangkan awak Cole,tapi awak mempergunakan saya.Saya akan pastikan awak akan menyesal,atas apa yang awak lakukan.Awak tak akan mampu melindungi saya walau setitis darah saya keluar,awak tetap tak kan mampu Cole."

Cole menjawab:"Jangan cabar saya Phoebe,Saya pasti dapat melindungi awak .Percayalah saya mencintai awak,saya bukan mempergunakan awak."

Dengan marah Phoebe berkata :"Diam Cole,awak jangan kata cinta.Awak hanya memperalatkan saya!."Dengan tangisan Phoebe ingin melarikan diri .Cole bertanya"Awak nak kemana?"
Phoebe hanya menjawab "bukan urusan awak"
Cole ketawa dan berkata "Apa saja mengenai awak,adalah urusan saya".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience