Chapter 9

Fantasy Series 1561

**Alam fantasi yang ingin ku rasakan,yang ingin ku miliki sekarang ada di depan mata ku**

###################################

Malam sebelum bulan purnama
(Malam perungkaian sumpahan)

Cole berjaya membawa Phoebe pulang ke dunia manusia,walaupun Phoebe berkeras untuk tidak mahu mengikutnya.Namun semasa perjalanan ke rumah Phoebe, puak serigala menyekat
dan menyerang Cole beramai - ramai.

Pergelutan berlaku.Pertumpahan darah merata -rata.Cole tidak terkecuali daripada tercedera dari melindungi Phoebe.Bahagian perutnya kini mengalir darah yang banyak,walaupun sekuat mana kuasanya,ia tidak mampu untuk berlawan begitu ramai.Cole menahan pedih setiapkali terhiris luka sana sini di anggota badan yang lain oleh kuku serigala yang amat tajam itu.

Ada Seekor serigala berkulit koko menyerang Cole dengan ganas dan ingin membunuh Cole dengan membuka mulutnya dengan besar bersedia ingin mengigit leher Cole .......

Phoebe terlalu cemas lalu menjerit "Tidakkkk.....!!!!! Jangannnnnnn!!!!!!!!
Jangannnnn!!!!!!!!!!! Phoebe berdiri didepan Cole untuk menlindungi Cole yang akan rebah bila -bila masa saja.

Phoebe terpaku.
Dia baru tersedar yang dia pernah mimpi seperti kejadian ini...Hatinya terdetik berkata "Cole,Saya sayang awak.Sayang sangat"Airmatanya mengalir deras, dia sangat takut,apa harus dia lakukan sekarang?

Tiba -tiba Leo datang menghalang dari kawannya mencederakan Phoebe.

Phoebe terus memeluk Cole yang sedang lemah.Phoebe memanggil- manggil Cole dengan cemas tapi Cole terus menutup matanya.Pengsan.

Sedang Leo berlawan dengan kawan kawannya,Micheal dan puaknya pun muncul.Dengan pantas Mic bersama puaknya membawa Cole dan Phoebe pulang kembali ke dunia mereka.

************************************************

Phoebe :Mic,bawa saya ke penghadang itu sekarang.

Micheal:Tapi Pheobe,abang sa....

Phoebe:Tolong.Saya ikhlas melakukannya.Kalau awak tak bawa saya,saya akan cari orang lain.Tolong,kita kesuntukkan masa ni.

Micheal:Ba..aiklah.

Dengan serba salah Micheal terpaksa membawa Phoebe ke penghadang itu,terpaksa dia menjawab abangnya nanti kalau terjadi apa apa pada Phoebe.

Sampai di penghadang itu,Phoebe berdiri seketika menanti cahaya bulan purnama muncul...

Saat bulan purnama muncul dengan cahaya yang terang,Phoebe mengambil pisau dan menghiris tapak tangan kirinya sambil darah mengalir ke garis penghadang itu dia berkata"Darah ini boleh merungkai semua sumpahan,datanglah damai sesudah itu.Angin dan roh menjadi saksi.Datanglah damai,datanglah damai.!"

Beberapa saat kemudian,setelah Phoebe habis melafazkan mentera itu,angin bertiup dengan kencangnya,daun- daun kering berterbangan,pokok bergoyang dengan kuatnya,hujan tiba-tiba turun dengan derasnya dengan petir berdentam dentum,...
Phoebe melihat sekeliling kabur dan tanpa sedar merebah diri di atas penghadang itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience