Chapter 13

Fantasy Series 1561

"Saya tidak akan melepaskan kamu walau apa pun melanda..."

#####################################

Sudah menjadi sebahagian dirinya tabiat Phoebe menyepi dan menyendiri...

Phoebe berfikir sudah tiba masanya untuk dia keluar dari dunia yang ada kaitan dengan Cole. Bukan sebab dia tidak lagi menyayangi lelaki itu,tapi sebab terlalu sayanglah dia kena lepaskan Cole.

Phoebe tidak mahu mimpi dia yang dulu kembali lagi.Mimpi puak serigala yang hampir membunuh Cole.Hatinya sangat takut dan pedih melihat semua itu.

Phoebe memang sanggup bersama dengan Cole dalam apa pun keadaan.Tapi keadaan tidak seperti yang disangkakan.Malah,dia pernah bermimpi lagi yang Cole ingin menjadi manusia tapi akhirnya mati dihadapannya sendiri akibat sakit di dunia manusia biasa.Tiada siapa tahu akan mimpinya itu.Mimpinya akan menjadi kenyataan.Itulah satu-satunya hal yang Phoebe takut.

Memang semua ciptaan Tuhan akan mati juga,tapi bukan dengan cara begitu yang boleh meremukkan hati Phoebe.Mana mungkin Phoebe boleh membiarkan semua berlaku dan separuh nyawanya pergi meninggalkannya.Cole adalah separuh jiwanya.

Setelah melihat kelibat Cole,Phoebe terus berkata"Lepaskan aku Cole,aku ingin pulang ke dunia ku sendiri."

Cole menahan amarah,dan berkata"Tidak.Kau akan tetap tinggal bersama aku.Sekali kau masuk dalam dunia aku,selamanya kau tetap mesti bersama aku."
Phoebe tercenggang dan menjawab"Baik.Kau akan menyesal!"

Cole pantas menjawab "Jangan cuba menakutkan aku Phoebe,Sebab yang akan takut adalah kau."sambil menayang senyuman jahatnya,tapi masih terserlah ketampanannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience