Chapter 8

Fantasy Series 1561

** Apa yang ada tidak seperti mimpi indah...
Aku dan kau berkongsi di bumi yang sama.**

###################################

Dari hari berganti hari,Phoebe selalu menyepi.Selalu mengelak dari bersemuka dengan Cole.Hatinya selalu bertanya"Entah sampai bila aku harus berada disini?Bosankah aku berada disisinya?Padahal,dari mula ia sudah pun menyemai sayang pada lelaki bernama Cole itu.

Mentari senja terbenam sedikit demi sedikit,begitu juga hati yang terluka,sedikit demi sedikit tersembuh dengan sikap prihatin Cole terhadapnya.

Cole berdiri di sisi Phoebe,sama-sama berkongsi melihat mentari yang sama terbenam .Indah...
Tapi terlalu sepi.Cole bertanya"Kau boleh pulang ke dunia kau Phoebe.Bila-bila saja kau mahu.Aku akan hantar kau pulang"Phoebe yang terkejut mendengar kata Cole itu tercenggang,dalam masa yang sama hatinya terselit pedih dan sayu.Apakah Cole sudah tidak menyayangi lagi?Cole ingin membuangnya dari hidup Cole?Atau selama ini memang Cole tidak pernah pun menyayanginya?...

Phoebe mendiamkan diri tapi terdengar juga esakannya.Airmatanya mengalir sederasnya.

Cole yang rasa amat bersalah dan kesal terus memeluk Phoebe dan berkata perlahan"Tolong jangan menangis phoebe,saya cuma nak melindungi awak,saya sayangkan awak,teramat sayang.Awak tak tahu yang dunia kami penuh dengan pertumpahan darah."Phoebe mengangguk kepala tapi jauh di sudut hatinya bertanya apalah erti sebuah percintaan tanpa ada pengorbanan.?

Keesokan harinya,Phoebe terjaga dari tidurnya sebab terdengar suara-suara bertengkar.

Cole:Aku tak peduli.!Yang penting aku akan hantar dia pulang secepat yang mungkin!

Mic:Kau gila ke abang?!esok adalah bulan purnama.Hari perungkaian sumpahan kerajaan kita!Dia sudah ada depan mata kita!Kau senang nak lepaskan dia?!Hah?!

Cole:Tak ada maknanya!Dia tak rela pun.Kau jangan nak a....

Perbualan mereka terhenti apabila Micheal dan Cole terlihat Phoebe berdiri mendengar perbualan mereka tadi.

Phoebe menghampiri Cole,memeluknya dan berkata"Siapa kata aku tak sudi?"

Cole terkejut Phoebe boleh berkata begitu.Dia perlahan meleraikan pelukkan itu ,melihat dalam mata Phoebe dan berkata "Awak...awak tak perlu nak buat semua ini.Awak...saya hantar awak balik yer.?Sekarang!"

Phoebe tahu yang Cole serius akan menghantarnya pulang.Tapi,dia sudah buat keputusan.

.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience