Chapter 6

Fantasy Series 1561

**Letaklah sepenuhnya percaya kamu pada aku bukan dia.**

#################################

Kerana terlalu marah,Phoebe melarikan diri dari Cole.Dia juga perlu pastikan benarkah Leo itu puak serigala?kenapa dia harus merahsiakan?

Setelah dapat mencari dan bertemu Leo dirumah Leo,Phoebe berkata"Apakah yang kau rahsiakan daripada aku Leo?Siapa kau sebenarnya?"

Leo menjawab"Aku hanya ingin melindungi kau,memang benar aku serigala.Kau tidak dapat tahu siapa aku sebab deria kau hanya pada Cole.Aku tak akan cederakan kau sebab aku sudah anggap awak seperti adik.Hari yang kau diserang itulah angkara dari puak aku.Aku minta maaf kerana tidak sempat menghalang mereka,mujur masa kami bertengkar Cole datang."

Phoebe bertanya"Tapi kenapa?Kenapa harus aku?Apa yang puak kamu mahu?Dan kenapa saya hanya boleh hidu bau Cole tapi kau tidak?"

Leo berpaling tubuh daripada terus melihat wajah Phoebe sambil melihat mentari yang hampir terbenam dan menjawab"Kau lupa hanya darah dari keturunan Halliwell saja yang berkuasa untuk mempertahankan kerajaan kami,begitu juga dengan puak pontianak .Itu sumpahan dari nenek moyang awak dulu.Setelah awak minum darah Cole,deria bau awak sudah ditutup.Awak hanya boleh menghidu bau dia.Sebab itu juga awak kena sentiasa berhati hati.Serigala dengan pontianak dari dulu bermusuhan.Masing masing melarang masuk kawasan puak lain,jika tidak akan dibunuh."

Phoebe terdiam dan mengeluh.

**************************************************

Keesokkan harinya,Phoebe bernekad ingin keluar dari hidup sesiapapun.Biarlah sepi sendiri lagi.Walaupun Cole dia sayang,Leo sudah dianggap seperti saudara sendiri.

Dia memulakan kerja baru di sebuah kedai farmasi.Kerja mengikut shift.

Suatu malam,setelah habis waktu bertugas
Phoebe pulang hanya berjalan kaki.Sedang dia berjalan,dia sedar seperti ada seorang mengekori dia dibelakang.Dia cemas, dan mempercepatkan langkah kakinya ditapi dengan sekelip mata orang itu sudah didepannya.Phoebe terkejut dengan nafas yang tercunggap cunggap,bertambah terkejut pula apabila sedar orang yang didepannya itu bukan manusia tapi pontianak dengan muka yang pucat dan taring yang panjang.

Phoebe mengundur diri cuba melarikan diri tapi tidak semudah itu setelah pontianak itu mencengkam bahunya sehingga terluka...Phoebe menahan kepedihan sambil menutup matanya,dengan sepantas kilat pontianak itu ditumbuk oleh seseorang...

Phoebe seakan tak percaya apa yang dilihatnya sekarang,Cole berlawan dengan puaknya sendiri.Malah,mereka berlawan sehingga masing-masing terluka,perasaan takut Phoebe semakin tak dapat dikawal hingga dirinya tak sedar selepas itu...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience