Chapter 4

Fantasy Series 1561

"Darahku bukan darah biasa.Darahku boleh melindungi kamu."

#################################

Phoebe bertanya pada Cole "Dari dulu lagi saya ingin mengetahui ada apa dengan awak?Kenapa saya seperti kenal pada awak?"
Cole menjawab"Saya kenal awak dari dulu lagi sebelum awak jumpa saya.Saya sering hadir dalam mimpi awak,ingat tak?awak ingat lagi awak pernah mimpi dikejar orang yang kau tak kenal,lepas tu saya datang selamatkan awak?"

Phoebe baru teringat yang dia memang pernah termimpikan Cole,dalam diam dia masih tertanya kenapa mimpinya terasa pelik.Siapa sebenarnya lelaki yang kejarnya itu?Apa dia mahu?

Cole berkata lagi"Phoebe,tolong jaga diri awak ya.Saya akan balik ke kampung halaman sekarang untuk beberapa hari.Phoebe hanya mengangguk dan tersenyum.

*************

"Ayah,Saya akan bawa dia untuk berjumpa dengan ayah dan ibu."

"Baiklah.Bila?"tanya ayahnya Tunner Scott.

"Secepat yang mungkin."jawab Cole dengan yakin.

*************

Apabila Cole sampai dirumah Phoebe,dia terkejut kerana melihat Phoebe yang tidak sedarkan diri dengan luka dan darah di tangan kiri ,keadaan rumah yang tunggang langkang membuat Cole berang sambil berkata"Aku pasti akan balas dendam Leo.Kau tunggulah."

Cole mengangkat tubuh Phoebe dengan pantas dan terus membawa Phoebe ke kampung halamannya untuk keselamatan Phoebe.

Selepas Phoebe dibaringkan diatas katilnya,Cole terus mengambil pisau kecil dipoket bajunya dan menghiris jari telunjuknya ,darah setitis demi setitis keluar mengalir ke dalam gelas kaca yang disediakan.Cole tidak membuang masa terus memberi Phoebe minum air yang dicampur darahnya itu.Phoebe yang separuh sedar cuba sedaya upaya untuk mengelak tidak minum air itu tapi tidak berdaya.

Keesokkan harinya,Phoebe sedar sepenuhnya.Dia merasa tekaknya panas dan pedih.Dia tercari-cari kalibat Cole,setelah dia nampak dia terus berkata"Cole,apa yang.....?"
Phoebe terdiam kerana Cole sedang bercakap dengan orang tuanya.

Cole tersenyum melihat Phoebe dan memperkenalkan pada orang tuanya.Phoebe tersenyum dan tunduk kepala tanda hormat kepada mereka.

Setelah orang tua Cole meminta diri kerana ada hal hendak diuruskan,Phoebe terus bertanya"Cole,air apa yang kau berikan semalam?"
"Cuma air biasa."jawab Cole.
Phoebe tidak puas dengan jawapan itu.
"Tolong Cole.Tekak saya perit ni.Air apa yang kau berikan ?Hah????"
Cole menghembus nafas dengan perlahan dan berkata"Air itu ada campuran darahku untuk melindungi awak,lagipun awak terkena gigitan dari serigala tu.Saya tak mahu awak jadi serigala."
Phoebe terkejut"Apa?Darah awak?Melindungi saya dari siapa?"
Cole menjawab dengan tenang"Phoebe,dengar sini,saya terpaksa buat macam tu untuk melindungi awak dari Leo puak serigala.Untuk menutup bau manusia awak,awak kena minum sedikit darah saya."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience