Chapter 11

Fantasy Series 1561

** Aku akan pastikan yang kau tak boleh lari dari aku...**

######################################

Setelah sampai di perpustakaan itu,Cole terus masuk dan mencari kelibat Leo dan Phoebe.
Sunyi sepi.Cole pantas memanggil Leo."Leo...!Leo....!Mana kau.?Tunjukkan diri kau sekarang.Mana Phoebe aku?!"

Tempat itu bergema dengan suara Cole.Leo yang turun tangga tersenyum-senyum melihat perangai gelabah Cole itu.Dalam hati berkata :Tahulah girlfriend kau dengan aku.

Cole yang sedang menahan geram dengan seperti biasa matanya yang merah menyala menghembus nafas dengan pantas.Cole bertanya lagi"Mana dia ?"

Leo yang masih tersenyum menjawab"Tenanglah bro,aku tahu lah kau risaukan dia,dia ok.Kau jangan risaulah."Sambil tenang berjalan dan duduk di kerusi sofa yang sedia ada.

Cole menghembus lagi nafasnya sambil menenangkan dirinya."Kau jaga dia dengan baik kan Leo?Kau ingat,kalau apa-apa terjadi pada dia,aku memang binasakan kau!"

Leo ketawa lucu mendengar kata Cole,dia berdiri,berjalan menghampiri Cole ,memegang bahu Cole dan berkata"Aku tahu kau akan lenyapkan aku
kalau terjadi apa-apa pada dia.Aku pun macam kau lah.Utamakan keselamatan dia.Dia ada kat atas.Masih pengsan.Dia perlu...."

Cole tidak mendengar lagi kata -kata Leo,dengan secepat kilat dia sudah berada dia atas.Dia tahu Phoebe berada di bilik rehat staff.Cole membuka pintu bilik itu dengan pantas dan masuk.Melihat Phoebe masih tidak sedarkan diri,membuat dia serba salah.Bertambah remuk hatinya bila melihat orang yang dicintai masih lena umpama mayat hidup yang tidak tahu bila dia akan sedar.

Cole menghampiri katil dimana Phoebe masih sedang pengsan.Cole mengenggam dan mengucup jemari Phoebe.Dia memejamkan mata dan berkata "Phoebe sayang,...saya sudah sampai sini.Buka mata awak.Tolong...Jangan tinggalkan saya awak...Jangan hukum saya macam ni.Sebab inilah kenapa saya tak nak awak terjebak dalam hal sumpahan ini.Pengorbanan ini yang akan menyesakkan saya dan awak.Awak tolonglah bangun...."

Cole menangis kerana terlalu terkilan.Dia memeluk Phoebe yang tiada reaksi apa-apa itu dengan masih esakkan yang kedengaran...Tiba -tiba kedengaran Phoebe sesak nafas,Cole terkejut dan cemas melihat keadaan Phoebe begitu,Phoebe sedaya upaya cuba untuk berkata"Da....a.....a....ra......h"

Cole tercenggang mendengar apa yang dikatakan Phoebe.Tidak faham kenapa Phoebe berkata darah.Cole binggung.

"Awak cakap apa ni Phoebe?Darah apa?"

Leo yang tiba-tiba datang masuk bilik tu terus berkata "Cole,beri minum darah awak pada dia cepat"

Cole dengan cepat mengigit pergelangan tangannya dan terus mengenakan titisan darahnya pada mulut Phoebe,Phoebe dengan perlahan meneguk darah itu.Tidak lama itu,Phoebe kembali pengsan tapi kelihatan lena tidak seperti sebelumnya nampak sangat lemah.

Cole terkejut lagi."Awak..Awak...!"Cole cuba menyedarkan Phoebe tapi dihalang ole Leo.

Leo"Sabar. Biar dia berehat.Awak baru bagi dia darah kan?Nanti bila dia pulih sepenuhnya,sedarlah dia."

Cole mendiamkan diri.Mengiakan kata Leo dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience