BAB 2

Romance Completed 1122

“ Humaira! Humaira! Jangan diungkap sebegitu Humaira. Istighfar nak. Dengar dulu cakap Ummi. Humaira!” Panggilan Ummi tidak diendahkan. Ummi hanya menggeleng-gelengkan kepala. Dia masak benar dengan sikap anak tunggalnya itu. Apabila marah, garangnya menjadi-jadi. Mudah merajuk. Namun, dia seorang anak yang baik. Anak yang cukup solehah. Humaira diberikan pendidikan agama yang secukupnya oleh Ummi dan Abi. Setiap pagi, pasti Humaira mengejutkan dia dengan alunan bacaan al-Quran yang mendayu-dayu di subuh hari. Dan dia jugalah yang menyiapkan sarapan untuk kedua orang tuanya. Pantang disebut tentang masakan, dialah yang paling excited. Boleh dikatakan kerja-kerja dapur semuanya dilakukan oleh Humaira. Setelah pulang dari Mesir dan menamatkan pengajian dengan jayanya di sana, Ummi dan Abi bertekad untuk menjodohkan beliau dengan seseorang. Ikhwan. Muhammad Ikhwan bin Ibrahim.

“Ikhwan... Abi tidak memaksa Ikhwan untuk menerima Humaira. Abi juga tidak menghalang kalau Ikhwan sudah ada seseorang di hati. Cuma, kalau boleh, Ikhwan fikirlah dengan sedalamnya permintaan Abi ini. Sejujurnya, Abi berkenan dengan Ikhwan. Abi nampak hanya Ikhwan yang boleh memimpin Humaira ke jalan yang diredhai Allah. Ke jalan syurga. Ke jalan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Fikirlah sedalam-dalamnya. Abi menunggu jawapan dari Ikhwan”. Abi bangun lalu mengusap perlahan bahu Ikhwan sebelum meninggalkan beliau berseorangan.

Ikhwan merenung jauh memandang tangga masjid. Tidak dapat dipastikan apa yang sedang bermain di fikirannya. Namun yang pasti, permintaan Abi tadi benar-benar membuatkan dia berfikir.

Ikhwan bukanlah seseorang yang berpelajaran tinggi. Bukan lulusan agama dari universiti di Mesir. Bukan jua seorang yang berharta. Dia tidak punya apa-apa. Hanya yang ada sebuah rumah peninggalan datuknya. Di situlah tempat dia berteduh. Rumah yang berhampiran masjid itu sudah cukup usang. Namun dia tidak punya tempat lain. Biarlah. Biarlah dia menzuhudkan diri di situ. Setiap hari, Ikhwan tidak pernah tertinggal solat berjemaah dan tazkirah serta ceramah-ceramah agama di masjid tersebut. Dia juga sering ke kuliah agama di sekitar negerinya. Keinginannya yang tinggi dalam mendalami agama telah merapatkan Ikhwan dengan Abi iaitu Imam di masjid tersebut. Boleh dikatakan Abi sering membawa Ikhwan ke ceramah-ceramah agama di sekitar negerinya. Dan hal ini telah merapatkan hubungan antara Ikhwan dan keluarga Abi.

“Ikhwan... Lepas ni usahlah kamu berbahasa Pak Cik dan Mak Cik lagi. Panggil saja Abi dan Ummi. Lagipun kami ni bukan ada anak lelaki pun.” Detik Abi sebaik saja sampai di rumah Ikhwan untuk menghantar beliau setelah mendengar ceramah agama.

“Betul tu Ikhwan. Kami dah lama teringin nak ada anak seorang lagi. Tapi tak ada rezeki. Anggaplah kami ni macam keluarga kamu. Bolehkan nak?” Ummi pula membuat permintaan yang sama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience