BAB 1

Romance Completed 1122

“Ummi!!! Abang Ikhwan betul ke mahu kahwini Humaira?” Bentak Humaira dengan nada sedikit geram.

“Humaira… Apa yang Humaira katakan ni? Humaira sedar tak apa yang Humaira ucapkan? Kalau dengar dek Abi nanti, silap-silap kena marah kamu Humaira.” Balas Ummi dengan sedikit terkejut.

“ Yelah… Humaira bukannya mahu keluar berdatingdengan dia. Bukan mahukan dia call atau sms Humaira tiap-tiap masa pun. Tapi kalau betul-betul dia serius, sekurang-kurangnya tanyalah khabar sekali-sekala. Humaira sihat ke, sakit ke, makan ke tidak. Dia diam saja. Dari hari bertunang hari tu sampailah sekarang, khabar berita pun tak dengar. Dah la Humaira hanya tengok batang hidung dia hari tu je. 10 minit pun tak sampai Ummi. Silap-silap haribulan, hari perkahwinan nanti Humaira sendiri tak tahu mana satu suami Humaira.” Bebel Humaira dengan nada semakin marah.

“Humaira... Sudah-sudah. Jangan dilayan sangat perasaan kamu itu. Bukankah ini lebih baik. Kalau kamu dan dia berhubung, khuatir nanti terjerumus ke lembah maksiat. Allah murka Humaira. Mungkin Ikhwan ada sebab tertentu dia berbuat begini”. Nasihat Ummi dengan lemah lembut.

“Ummi!!! Humaira bukan budak kecil lagi. Humaira bukan tak belajar agama lansung. Humaira tahu mana baik, mana buruknya. Humaira hanya mahukan kepastian. Humaira tak nak Abang Ikhwan kahwini Humaira sebab Ummi, sebab Abi. Humaira takut. Humaira takut nanti bila dah kahwin, Abang Ikhwan tak melayani Humaira seperti seorang isteri. Ummi dan Abi saja yang mengenali Abang Ikhwan. Tapi Humaira? Bersua muka dengan dia pun hanya sekali. Lepas tu ghaib. Diam menyepi. Silap-silap haribulan dia sudah ada seseorang di hati. Sebab tu dia tak ada rasa nak mengenali Humaira.” Bentak Humaira dengan suara bercampur sebak, lalu terus meluru masuk ke biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience