BAB 5

Romance Completed 1122

Azan maghrib mula kedengaran. Kelihatan para jemaah berpusu-pusu ke masjid. Meninggalkan segala urusan duniawi. Kini urusan ukhrawi pula yang harus dicari. Seperti biasa Masjid Al Mukmin akan dipenuhi dengan jemaah-jemaah di sekitar kampung tersebut. Abi telah membangunkan masjid ini sehinggalah menjadi salah sebuah masjid yang paling ramai jemaah. Hal ini kerana pelbagi program masjid diatur dari sehari ke sehari. Segalanya berkat usaha Abi.

Seorang pemuda berjalan tenang menuju ke masjid tersebut. Sesekali dia tersenyum sambil memberi salam kepada jemaah yang terserempak dengannya. Diambilnya wuduk lalu terus meluru ke saf pertama dalam masjid. Iqamah kedengaran dari bilal.

“Ikhwan... Silakan. Imamkan kami semua. Silakan nak.” Tiba-tiba Abi meluru kepada Ikhwan lalu menyuruhnya menjadi imam.

Ikhwan tersentak. Mukanya sedikit berubah. Kelihatan ada sedikit rasa cemas di wajahnya.

“Tapi Abi... Ikhwan tak layak Abi. Banyak lagi yang Ikhwan kena belajar. Abi sajalah yang imamkan”. Ikhwan menolak.

Namun demikian, Abi terus membawa Ikhwan ke tempat imam. Lalu menepuk bahu Ikhwan untuk memberikan semangat dan keyakinan kepadanya. Ikhwan cuba meyakinkan diri. Mengimami jemaah pastinya tanggungjawab yang sangat besar. Jika imam silap, maka silaplah makmun. Dia harus tanggung kesilapan itu. Setelah benar-benar yakin,Ikhwan lalu mengangkat takbir. Bacaan Al-Quran yang benar-benar mengasyikkan kedengaran dari Masjid Al Mukmin pada malam itu.

“Abi!!! Siapa yang jadi imam tadi Abi? Sedapnya suara dia. Khusyuk sangat solat. Bacaan dia benar-benar mengasyikkan dan mengikut tajwid yang betul. Sampai Humaira tak sedar yang Humaira sudah berada di rakaat yang terakhir.” Tiba-tiba Humaira bertanya kepada Abi sebaik sahaja mereka memasuki rumah setelah pulang dari masjid.

Abi hanya terdiam. Diletaknya serban kesayangannya lalu meluru ke sofa. Dan duduk.

“Abi!!! Jawablah!!! Kenapa diam sahaja? Nak kena Abi ni!!!” Seperti biasa, Humaira mula melenting.

“Kawan Abi. Ustaz di sekolah dekat sini.” Jawab Abi ringkas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience