BAB 9

Romance Completed 1122

“Sayang...Jangan sesekali sayang mengesat air mata sayang dengan tangan ini. Tangan ini banyak lagi kegunaannya. Biarkan tangan abang sahaja yang megesat air mata itu.” Kata Ikhwan lalu terus mengesat air mata isterinya.

Dibangunkan isterinya lalu dipimpin ke birai katil. Suasana malam terus menjadi saksi kepada kedua mempelai yang baru sah diijabkabulkan ini. Pasti, malam ini adalah malam terindah buat mereka.

“Sayang, kenapa tidak mahu memandang wajah abang? Bukankah wajah ini yang sayang mahu lihat selama ini?” Ikhwan terus memujuk perlahan isterinya.

Tangisan isterinya masih kedengaran. Lama dia mendiamkan diri. Hanya tangisan yang sesekali kedengaran. Ikhwan masih bersabar. Diusap perlahan bahu isterinya. Menenangkan Humaira dengan penuh rasa kasih sayang.

“Abang jahat... Abang seksa Humaira. Abang tak pedulikan lansung Humaira selama ni. Humaira terseksa. Humaira takut. Sikap abang yang dingin dan seperti tidak mahu menemui Humaira, membuatkan Humaira takut untuk meneruskan apa yang dirancang sebelum ni. Abang jahat. Sanggup abang seksa Humaira macam tu”. Bentak Humaira sambil menumbuk manja dada suaminya.

“Betul ke abang tak ambil tahu hal Humaira? Bukankah setiap pagi Humaira bangun baca Al-Quran. Kemudian memasak untuk Abi dan Ummi? Dan Humaira pernah marah-marah sebab abang tak hiraukan Humaira semasa kita terserempak di masjid hari tu. Humaira dulu masa kecil suka menjerit. Dan bila besar, panas baran. Cepat marah. Cepat merajuk. Masa kecil rambut Humaira merah. Pelik dari yang lain. Tapi bila dah besar, nasib bertukar hitam kembali. Hahaha...Betulkan? Kan? Kan?” Usik Ikhwan lalu mencubit pipi isterinya.

“Abang!!! Apa ni? Jangan nak cubit-cubit orang ok! Abang berpakat dengan Abi dan Ummi eh? Cepat mengaku!!! Eeee... Geramnya!!! Siap Ummi dan Abi esok. Pandai kenakan Humaira. Mana aci macam ni. Abang dah tahu banyak rahsia Humaira. Tapi, kenapa abang buat semua ni? Sila terangkan segera!!! Kalau tidak, dipersilakan keluar cik abang. Malam ni tidur kat luar!!!” Balas Humaira seolah-olah bertegas.

Tiba-tiba, dengan tidak semena-mena, Ikhwan memegang tangan isterinya lalu mengucup lembut tangan itu. Humaira benar-benar terkejut. Itulah pertama kali dia diperlakukan sebegitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience