BAB 3

Romance Completed 1122

Ikhwan hanya tersenyum. Ada rasa segan terbit dari wajahnya. Sejak dari kecil sehinggalah besar, dia tidak pernah mengenali kedua orang tuanya. Dari kecil, dia hanya mengenal datuknya. Dia hanya tahu, yang dia hanya ada seorang datuk, tiada saudara dan tiada juga ahli keluarga terdekat. Namun, menurut cerita orang kampung, kedua orang tua Ikhwan meninggal akibat kemalangan semasa Ikhwan kecil lagi. Ketika itu, Ikhwan tidak ikut serta. Dia dijaga oleh datuknya. Kedua-dua orang tuanya meninggal dunia di tempat kejadian.

“Humaira! Kenapa monyok sahaja muka kamu?” Sapa Abi sebaik sahaja Humaira masuk ke dalam rumah.

Humaira hanya diam lalu melabuhkan punggungnya di sofa. Memeluk bantal dan terus termenung sepi. Abi mengerti benar dengan sikap anak perempuan dia itu. Pasti ada sesuatu yang tidak kena. Lalu Abi terus mendekati Humaira dan melabuhkan punggung di sebelahnya.

“Humaira... Cuba cerita dengan Abi. Humaira ada masalah ke? Atau ada apa-apa yang berlaku tadi? Soal Abi buat kali kedua.

Lama Humaira terdiam. Kemudian direnung mata Abi. Kelihatan air mata jernih mula terbit di tubir matanya.

“Abi... Abi yakin Abang Ikhwan benar-benar mahu menikahi Humaira?Abi yakin dia adalah jodoh Humaira?” Terpacul soalan itu dari mulut Humaira.

Abi kelihatan sedikit tersentak. Dia menarik nafas panjang lalu mengusap bahu anak gadisnya itu.

“Humaira... Ikhwan tu Abi jaga dia sudah lama. Abi juga didik dia macam anak Abi sendiri. Takkan lah dia tergamak mempermain-mainkan perkara yang sangat penting ini. Kalau benar dia tidak mahu, pasti dia akan memberitahu kepada Abi atau Ummi awal-awal lagi. Kamu jangan fikir bukan-bukan. Sekarang ini tarikh perkahwinan makin dekat. Mungkin perasaan kamu tidak menentu.” Nasihat Abi dengan lemah lembut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience