BAB 6

Romance Completed 1122

Humaira seperti tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Dia terus berlalu masuk ke bilik.

“Alangkah indahnya kalau suara itu adalah suara bakal imamku”. Getus hati kecil Humaira. Namun, mengingatkan saja sikap Ikhwan kepadanya, terus rasa itu dipendamkan. Kelihatan dia masih menyimpan luka yang diguriskan oleh bakal suaminya itu tempoh hari.

Hari semakin berlalu. Kini cuma tinggal seminggu sahaja lagi untuk Humaira bergelar seorang isteri. Semakin hari, semakin dia tidak menentu. Ikhwan menyepi dan terus menyepi. Abi dan Ummi pula buat endah tidak endah. Sengaja Humaira tunjukkan muka tidak gembira di hadapan orang tuanya. Namun, Abi dan Ummi buat selamba sahaja. Bertanya pun tidak. Lagi bertambah geram Humaira. Sesekali dia melihat telefon. Mana tahu ada khabar dari Abang Ikhwan. Namun hampa. Telefonnya terus sepi. Sesepi hatinya. Sesekali apabila dia ke masjid, sengaja dia liarkan sedikit mata untuk mencari kelibat itu. Namun tidak jua ditemui. Dia hairan, ke mana menghilangnya Ikhwan?

“Ummi... Seminggu lagi Humaira bakal menjadi isteri orang. Tapi kenapa sampai sekarang, Abang Ikhwan tidak kunjung tiba. Khabarnya juga tidak ada. Di masjid pun tidak nampak. Silap-silap hari bulan dia dah pergi. Mana tahu mengejar gadis lain.” Ngomel Humaira di hadapan Ummi.

“Ish kamu ni Humaira. Fikirlah dulu sebelum bercakap. Jangan fikir yang bukan-bukan sangat. Baru sekejap tadi abah menemui Ikhwan. Dia ada sahaja. Kamu sahaja yang tidak nampak.” Balas Ummi membetulkan keadaan.

“Erkk..Abang Ikhwan sihatkan Ummi?” Tanpa diduga, soalan itu terpacul keluar dari mulut Humaira.

“Hai kenapa? Dah rindu sangat ke kat cik abang kamu tu? Tak pernah Ummi dengar soalan macam tu dari kamu”. Perli Ummi kepada Humaira.

“Apa Ummi ni? Orang serius lah!!! Eeeee...” Humaira terus berlalu membawa diri ke dalam biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience