BAB 7

Romance Completed 1122

“Ya Allah, adakah ini pilihan yag terbaik buatku? Sungguh, aku benar-benar tidak yakin dengan apa yang aku sedang hadapi sekarang. Adakah ini petunjuk yang dia bukan jodohku? Atau ia hanya mainan syaitan untuk menggugat keyakinan hatiku?” Getus Humaira dalam istikharahnya pada malam itu.

“Pengantin sudah sampai!!! Humaira, cepat turun. Akad nikah akan dijalankan sekejap sahaja lagi”. Tiba-tiba suara Ummi mematikan lamunannya pada pagi itu.

Selepas istikharahnya pada malam itu, hati Humaira mulai tenang. Dia tidak lagi kerisauan seperti sebelumnya. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia boleh jadi setenang itu.

Dia juga tidak tahu kuasa apakah yang telah meresap masuk ke badannya. Dia kini semakin yakin yang Abang Ikhwan adalah jodohnya. Cuma yang pasti, ada satu mimpi aneh yang berlaku pada malam itu.

Dia melihat seorang lelaki sedang mengimami jemaah yang ramai. Dan yang pasti, suara lelaki itu adalah sama dengan suara yang dikatakan kawan kepada Abi tempoh hari. Dia mula berfikir.

Adakah Abi bercakap benar atau suara itu sebenarnya suara orang lain? Suara Abang Ikhwan? Dia sendiri tidak tahu jawapannya.

“Humaira, cepatlah sikit. Orang dah tunggu kat bawah tu”. Ummi sekali lagi bersuara setelah melihat Humaira masih lagi berada di tempat duduknya.

“Ya Ummi. Sekejap lah.” Humaira turun perlahan di temani Ummi dengan hati yang penuh debaran. Pagi ini dia akan menjadi isteri. Punyai tanggungjawab yang besar yang perlu dipikul.

Air mata Humaira menitis di saat selesai diijabkabulkan. Abang Ikhwan yang sudah sah menjadi miliknya kini berada di hadapan matanya. Kali ini Ikhwan tidak seperti sebelum ini.

Dia benar-benar tenang. Senyum manis memandang para hadirin. Tidak ada sedikit pun rasa gementar dan malu seperti mana ketika dia berhadapan dengan Humaira sebelum ini. Sesekali Humaira menjeling melihat raut wajah suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience