BAB 4

Romance Completed 1122

“Tapi Abi... Kalau benar dia ikhlas, kenapa dia buat macam ni? Abi tahu tak, tadi Humaira ke masjid. Humaira terserempak dengan dia di pintu pagar masjid. Dia bagi salam kemudian terus berlalu pergi. Dia seolah-olah tak ada pun rasa nak bercakap sebentar dengan Humaira. Tanya khabar ke, atau bercakap apa sahaja asalkan tidak berlebih-lebihan. Humaira nak juga tahu dia tu perangai macam mana. Takkan lah bercakap di depan masjid dan ada orang di sekitar tu pun tak boleh. Buruk sangatkah Humaira sampai dia tak nak pandang lansung Humaira ni?” Humaira mula naik marah seperti mana sikapnya sebelum ini.

“Humaira... Kamu ni. Bukan kamu tak tahu Ikhwan tu macam mana. Dia mana biasa dengan perempuan ni. Dia sangat menjaga akhlaknya Humaira. Mungkin dia bimbang, memandang kamu membuatkan hati dia lara. Dan mungkin juga dia segan. Ramai orang di sekitar kamu pada masa itu. Janganlah fikir yang bukan-bukan nak. Abi yakin itulah jodoh kamu.” Abi menasihati lagi.

“Abi... Humaira bukan nak minta dibelai,dikasihi pun. Humaira tahu, itu semua haram selagi belum diijabkabulkan. Humaira cuma pelik, dia seperti tidak mahu menemui Humaira langsung. Tidak salah pun untuk dia bercakap sekejap dengan Humaira. Sekurang-kurangnya tanyalah pasal persiapan kahwin kami. Hmm... Kalau begini sikap dia, macam mana Humaira nak jadi isteri dia nanti Abi? Humaira takut, bila dah kahwin nanti, Humaira dipersiakan.” Humaira mula menangis.

Abi lalu mengusap perlahan bahu Humaira. Anak tunggal beliau yang sangat disayangi. Walaupun apa yang diperkatakan Humaira itu betul, namun Abi tetap yakin yang Ikhwan adalah pasangan terbaik untuk Humaira.

Lagi pun dia tahu, Humaira seorang yang panas baran dan mudah marah. Sejak dari kecil lagi sikap itu timbul. Walaupun Humaira diberikan pendidikan agama yang secukupnya, namun sikap itu masih wujud dalam dirinya. Begitulah manusia.

Tidak ada yang sempurna.pasti ada kekurangannya. Dan Abi tahu hanya Ikhwan yang boleh menundukkan sikap panas baran Humaira. Kerana selama ini, Ikhwan begitu penyabar dalam kehidupan sehariannya. Jarang sekali dia melihat Ikhwan marah.

Mengeluh sedikit pun tidak. Itulah sikap keperibadian Ikhwan yang telah mencuit hati Abi dan Ummi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience