BAB 5

Romance Completed 1964

“Faisal ?” Hasbul memanggil, mematikan lamunan.

“Siapa tadi?”

“Owh, tak ada siapalah. Kawan lama je.. Nanti aku cerita ya..” Aku membalas, kemudian menghirup nafas dalam-dalam. Amat dalam.

Sasha Imani...

Pen itu dipusing-pusingkan di atas buku kerja hitamnya. Membentuk alur tulisan yang kadang dia sendiri tak faham. Ntah apa yang dituliskan, Faisal pun tak tahu.

Dia sekarang berada di pantai Teluk Cempadak. Duduk melayan perasaan di atas kerusi kayu yang disediakan, di bawah pokok ru yang melindungi lembut. Menghadap laut yang berombak damai.

Faisal duduk termenung. Dia seakan ingin menangis, terlalu sebak dan sedih hatinya. Dia masih teringat Sasha yang satu ketika dahulu sopan manis dalam tudung labuhnya, lansung berubah kepada yang kini tetap anggun dan sopan, tapi dalam keadaan yang amat berbeza.

Dia masih tergamam, terkelu dengan apa yang berlaku hari ini. Hati nuraninya benar-benar sedih.

“Apakah yang menyebabkan dia berubah? Apakah pendirian dia yang dulu, aku amat kagum, sudah benar-benar bertukar..?” Fikirnya dalam hati.

Dia diam. Sengaja biarkan alam menderu, sekurang-kurangnya menghiburkan apa yang ada di jiwa.

“Sabarlah Faisal, kau harus tahu dalam hidup ini tak semua yang kita nak akan dapat. Tapi apapun kau kena usaha, jangan berputus asa. Dan jika kau sayang, maka sayang ikhlas kerana Allah.” Ujar kawannya Hasbul memberi semangat kepada Faisal.

“Hasbul..” Faisal tersenyum. Itulah Hasbul, sahabat yang akan hadir disaat dia berduka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience