BAB 9

Romance Completed 1964

Jiwanya rapuh, dan dia jadi lemah. Dia seakan sudah hilang arah. Dia menangis semahu-mahunya. Dia benar-benar tertekan. Apa yang harus dia lakukan di saat ini? Nak tak nak…

Keesokan harinya, muncul kelibat seorang wanita yang berambut

Hadir seorang wanita, berambut ikal mayang memasuki kelas sambil mengenakan gaun labuh melangkah dengan pandangan tertunduk malu. Beberapa pelajar mat salleh pula bertepuk-tepuk tangan tak kurang juga ada yang memuji kecantikannya.

“Saya mohon agar kembali menjadi Sasha yang saya kenali, yang telah mencuri hati saya sejak dahulu, seperti dulu lagi.” Ujarku dan dibalas dengan renungan lesu dari Sasha.

“Tidak semudah itu Faisal. Andai saja saya dapat memutarkan masa pasti saya tidak akan begini.”

“Selagi dunia berputar, selagi itu awak berkesempatan Sasha, pintu taubat sentiasa terbuka..” luahku lagi memujuk hatinya.

“Awak tahu tak Sasha. Wanita ini, ibarat coklat.”

Lantas Faisal mengambil dua bungkusan coklat Daim yang terdapat di dalam bekas kaca di atas meja di hadapan mereka. Dia mengambil dua bungkus coklat dan membuka salah satu bungkusan coklat rona merah menyala itu.

“Nak buat apa dengan coklat ni?” tanya Sasha.

“Cuba fahami. Lihat bungkusan yang satu ini. Coklat yang disimpan rapi. Masih bersih kemas dan cantik lagi balutannya, campaklah di mana sahaja pasti ada yang akan mengutip dan mahu memakannya.” Lantas Faisal menjatuhkan kedua coklat tadi di lantai.

“Cuba lihat ini, satu yang berbalut dan satu lagi sudah terdedah. Jika diberi pilihan antara dua ini pasti ramai yang memilih..”

“Semestinya yang masih berbungkus tu, sah-sah masih bersih dan suci dan punya harga,” laju sahaja mulut Sasha mengucapkan kata-kata itu.

“Tapi saya akan pilih yang tidak berbungkus itu..” matanya bersinar sebaik sahaja mendengar kata-kataku tadi. Dan tanpa sedar hatiku juga berbunga.

“Sudah tentu ramai yang memilih coklat yang masih berbungkus ini tapi saya saya akan ambil yang satu lagi, saya akan bersihkan ia sebersih-bersihnya dan akan bungkus semula, jaga ia serapi mungkin. Samalah halnya juga dengan manusia, selagi hayat dikandung badan, saya akan menjaga ia sebaik mungkin hinggalah saya menutup mata.” Bicaraku lagi.

Sasha mendongak wajahnya, kini pipinya basah dengan linangan airmata. Betapa di hadapannya ini lelaki yang menyayanginya dengan sepenuh hati, tak pernah berubah sejak dahulu lagi, sama sahaja seperti dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience