BAB 1

Romance Completed 1964

Selain suasana hening di kala sore hari ketika berada di sekolah, ada satu sebab yang buat aku merasa teruja dan gembira untuk berada di di sekolah. Alasannya mudah saja. Kerana ada Sasha.

Ya, Sasha Imani. Gadis yang telah lama mencuri hatiku dan membuatku kagum. Aku sering memerhatikan sikap dan kelakuannya, betapa dia seorang yang kekal tenang, ramah namun tetap menjaga batas dan pergaulan dengan lelaki.

Penampilannya sangat sederhana namun cukup buat ku tertawan. Wajahnya ayu lembut bertudung labuh menutup dada.

Ya, ku kira sangat sopan dan cukup menenangkan. Sekaligus menjentik rasa di dalam hati ku untuk mengenalinya dengan lebih dekat namun aku memilih untuk pendam saja.

Di hujung waktu persekolahan, aku beranikan diri. Aku tinggalkan secebis pesanan. Memercikkan warna perasaan bersama segunung harapan.

Balasnya,

“Faisal, ucapan cinta kepada manusia semata itu adakalanya membawa kau kepada kerapuhan. Cuba fikir alangkah ruginya jika kau memegangnya ke hati dan ia membuat kau alpa tiba-tiba pada suatu hari ia mengecewakan mu dan kau kecewa. Berdoalah dan memintalah padanya, teapkan niat bahawa cntamu itu tidak juga melebihi rasa cintamu pada Allah.a Berharaplah, berdoalah.

Bersabarlah, tahan atas semua yang berpura-pura. Atas semua yang sementara. Jika itu yang terbaik, maka Allah akan bantu. Sampai sini, tinggalkan semua yang tak perlu. Terus, terus kejar demi yang satu. InsyaAllah, sampai jumpa lagi ya.”

Hingga satu saat, yang pasti akan sentiasa aku ingat. Waktu anugerah Allah diberi untuk dapat aku bertemu. Tanpa sengaja, tanpa diduga. Bersama temannya. Dia membicara perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience