BAB 7

Romance Completed 1964

“Silalah..” Sasha mempelawa mesra. Di sebelahnya di temani kakaknya. Juga berwajah hampir sepertinya, cuma kening lebih kecil dan dagu yang lebih runcing. Bertudung dan mengenakan abaya berwarna krim cair.

Aku duduk, menghadap Sasha. Juga di sebelah tingkap yang terbuka. Dari jauh, kelihatan bot-bot nelayan dan kapal-kapal yang bersauh di perlabuhan.

“Erm, akak pergi ambil angin di luar kejap ya..” Kakaknya bangun, menunduk meminta diri dan berjalan keluar.

Masing-masing diam.

“Dah lama kita tak jumpa kan? Dah 8 tahun? Macamna hidup awak? Ok?..” Dia membuka perbualan sambil tersenyum.

“Alhamdulillah, beginilah.. Banyak benda yang dah berubah kan?”

Dia tertawa kecil.

“ Everything is changed Faisal..”

“Tapi..”

“Tapi? “

“Tapi awak berubah terlalu banyak Sasha..”

“Erm..”

Sasha diam. Memalingkan wajah ke tingkap, melemparkan pandangan jauh ke laut. Amat jauh.

“What are you doing with your frankly veil in this 'cold' class Sasha ?”

Hahahaha!

Bederai satu kelas ketawa. Wajah Sasha menjadi merah menahan malu. Malu yang amat. Dan itulah dia di hari pertama kuliahnya di Universiti Ontario, Canada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience