BAB 4

Romance Completed 1964

Senyuman dia berteman, ditemani dengan mahkotarambut ikal menawannya. Sungguh cantik. Astaghfirullah.

Aku berdiri, bangun dan menghadapnya, meraikan seorang yang sudah amat lama aku tidak jumpa. Sudah tujuh tahun. Inilah wajah yang amat ku rindukan.

Untuk seketika kami bungkam tanpa kata-kata.

“Ermm.. Awak apa khabar?” Sasha membuka bicara. Membuka ruang mesra.

“Err.. alhamdulillah, saya baik saja. Faisal pula bagaimana?”

“Baik je, sihat alhamdulillah. Boleh tahan lama juga kita tak bertemu? Saya baru pulang sampai Malaysia petang semalam.”

“Erm..” Aku mengangguk, tersenyum leret sedikit.

Terdiam lagi. Masing-masing kembali melayan perasaan. Aku pun tak tahu apa perasaan aku sebenarnya saat ini. Aku gembira sangat bila dapat bertemu, tapi aku juga seperti mahu mengalirkan air mata. Aku seperti terbayang wajahnya yang dahulu, dan dia yang di depan aku sekarang.

Sasha melihat jamnya.

“Faisal, saya minta diri dulu ya. Ada yang perlu diuruskan..” Dia berkata perlahan sambil menunduk, mengambil secebis kertas dan pen.

Menarik kembali rambut yang jatuh tersusun ke telinga.

“Ambil ni. Kita jumpa ya?” Dia menghulurkan.

“Minta diri, assalamu'alaikum...” Sasha menghadiahkan senyuman harapan, dan berpaling pergi.

“Restoran Zahrah

0.900 pm “

Aku melihatnya pergi. Berjalan penuh sopan dan berhati-hati. Aku terasa seperti mahu menghalangi waktu dari terus berjalan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience