BAB 8

Romance Completed 1964

Begitu juga hari-hari berikutnya. Dia rasa semakin dipulaukan. Hanya kerana tudung yang dipakai. Pernah, dia cuba mencari teman meluahkan perasaan. Tapi apalah sangat yang dapat diluahkan jika semua kawan sepengajiannya dari Malaysia tidak ada yang bertudung.

“Ala, kau buka je lah. Mesti diorang senyap..”

“Erm, kau pun cantik. Kalau tak pakai tudung mesti lagi cantik..”

“Kita kat negara orang, bukan di Malaysia lagi.. Kena ikut cara orang lah..”

Dia menangis. Terasa berat keadaan yang menekan. Dngan kehidupan, dan perasaan yang tidak stabil. Pelajaran juga entah ke mana. Dia terngiang-ngiang kata-kata sahabatnya dulu.

“Kenapa Kanada ? Kenapa tidak belajar sahaja di Timur Tengah? Atau berbakti mengkaji di bumi kita sendiri. Bukankah Kanada itu tempatnya, kata mereka seakan neraka? Kenapa perlu menyinggah di sana?”

Dia seakan-akan masih terdengar persoalan itu di benaknya.Pernah dia berhasrat untuk berpindah universiti.

Tapi mengenangkan ibu bapanya yang bersusah payah semasa dia memohon ke sini, dia cuba menabahkan diri.

DI bumi yang asing dan jauh beribu batu dari keluarga, dia terasing.

Hingga satu hari, pernah dia berjumpa dengan seorang lecturer di situ. Dengan tujuan ingin membuat consultation atas subjek yang amat kurang difahaminya.

Tanpa memandang wajahnya, pensyarahnya mengherdik kasar.

“I don’t feel like to talk to you if you still wearing your hijab, scarf or whatever you call it!..”

Sasha terkedu. Tak sangka hingga tahap ini dia diperlakukan. Tak tahu apa yang dibenci sangat hingga jadi diskriminasi sebegini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience