BAB 2

Romance Completed 1964

“Faisal, insyaAllah. Nanti, Sasha akan ke Kanada. Mengambil bidang Perniagaan di sana. InsyaAllah, selain mahu mengembangkan islam di sana. Doakanlah ya semoga semuanya diperkenakan dan dipermudahkan oleh Allah SWT..” Dia menutur perlahan.

“Kenapa Kanada ? Kenapa tidak belajar sahaja di Timur Tengah? Atau berbakti mengkaji di bumi kita sendiri. Bukankah Kanada itu tempatnya, kata mereka seakan neraka? Kenapa perlu menyinggah di sana?” Aku tertanya, hairan menerpa. Ingin tahu, amat ingin tahu.

Dia tersenyum.

“Tak mengapa. Di sana, ilmunya banyak. Di sana ilmunya hebat. Biarlah. InsyaAllah. Iman, Sasha akan cuba menjaga sebaiknya.”

Waktu itu yang memang akan aku ingat. Sampai bila-bila.

Indah sungguh suasanan petang ini, seindah mentari yang redup menyinari, angin yang lembut beriup dan lautan bunga warna-warni menari saat bayu menyapa tubuh. Maha Suci Allah, indah sungguh ciptaan Tuhan ini.

Aku baru selesai membaca mathurat bersama rakan sepejabatku, Hasbul di surau pejabat. Dialah rakan seusrahku, dan dialah sahabat baikku. Alhamdulillah, bersamanya, aku mudah untuk terus istiqamah membaca makthurat setiap hari dan sentiasa mengingat Allah. Syukur aku diberikan rezeki bertemu seorang sahabat yang baik.

“Faisal, ayuh sappedek (makan)!” Hasbul mengajak.

“Amboi kau, tadi siang baru bedal nasi lemak sambal sotong, sekarang makan lagi??” Selorohku sambil membetulkankan blazer hitamku yang sedikit terkeluar. Blazer itu aku gandingkan dengan kopiah hitamku, hadiah seorang Jemaah surau dari tanah suci, sengaja cuba menampilkan imej muslim professional, mencari kelainan katakan.

“Haha. nak buat macamna. Kan perlukan tenaga juga nanti nak buat kerja.” Katanya sambil ketawa kecil.

Aku ketawa. Sudah sampai sini rupanya perjalanan hidupku. Dari bertatih, hingga kini, di alam pekerjaan yang menuntutku berusaha gigih. Tak apa, umurku masih terlalu muda, kata orang, masih segak bila dipandang mata. Jika tidak kata orang, aku yang berkata begitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience