BAB 6

Romance Completed 1964

“Kerana itu kita tak boleh melepaskan ikatan kita bersama jemaah, bersama rakan-rakan, bersama ukhuwwah, bersama iman. Kadang-kadang, kita rasa diri kita kuat. Mampu untuk berdiri dengan sendiri. Tapi bila berseorangan, kita tak pernah mampu sebenarnya..”

Faisal tahu, Hasbul merujuk kepada apa yang berlaku pada Sasha Imani.

“Tapi, tak semestinya kita perlu berubah kan?” Faisal bertanya. Bertanya dalam hampa sebenarnya.

“Tak apa, bertanyalah, orang seperti mereka selalu rasa tak difahami. Dan kita selalunya tak mengetahui apa yang berlaku.. moga kita tak tak diuji seperti mereka..”

“Allah.. tak pernah menguji hambaNya.. melainkan mereka benar-benar mampu. Untuk kamu, dia, dan aku juga..” Perlahan Hasbul mengulas lembut, memberikan satu keyakinan.

“Ya..” Faisal mengangguk faham, kemudian mengukir senyum perlahan. Dan malam ini, dia akan cuba sampaikan. Dari hatinya.

Restoran Zahrah. Restoran tepi laut yang amat terkenal di Pahang. Bukan sahaja masakannya yang enak, malah susunan dan kondisi dalaman yang berjaya didekorasikan dengan amat baik sekali.

Meja-meja berwarna coklat keperangan di dalam restoran itu dihiaskan lagi dengan bekas kaca yang diletakkan di atasnya.

Di dalam bekas kaca itu, terdapat coklat bungkusan merah berjenama Daim.

Dan di hujung penjuru, kelihatan seorang wanita duduk menunggu. Dia mengenakan kemeja putih berlengan panjang berjenama Vincci, berlipat bunga di bahu dan leher.

Dipadankan dengan skirt labuh hitam hingga ke bawah kaki. Wajahnya redup ditiup angin laut yang lalu dari tingkap yang sengaja dibuka.

Faisal masuk. Mencari-cari wajah yang dinantikannya. Sasha mengangkat tangannya yang gemalai, melambai perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience