Kenapalah boleh jadi macam tu? Aku termangu di tangga di kala senja. Emak
selalu berpesan jangan termenung di tangga nanti jadi anak dara tak
laku. Biarlah tak laku pun nak buat macam mana dah kan. Memang tak laku
pun. Eh! Aku ingatkan malam tu dia (Saiful Adlan) nak ucapkan cintanya
pada aku! Hmmm….
Sedihlah… rupa-rupanya ucap selamat hari lahir pada aku yang memang tak
pernah aku raikan. Kebetulan hari lahir aku 14 Febuari jugak. Hmmm!
Geram betul aku. Tertekan! Nanti orang fikir aku raikan Valentine Day
yang entah apa-apa entah tu. Rasa nak pindahkan aje tarik lahir tu lebih
awal sedikit ke. Ish!!!! Aku pun tak tau macam mana aku boleh lupa pada
masa tu... erm!
Aku sebenarnya terkilan. Aku pendam sahaja. Tanpa sedar air mata ini
menitis laju seperti menyesali sesuatu yang tidak kutahu apakah ia?
Hanya Tuhan saja memahami isi hati aku saat ini.
“Hai anak dara termenung jauh nampaknya…”
“Saiful !!!!” aku terkejut. “Syhhhhh… kenapa awak berani datang sini?” Eh!!
Apasal smart semacam saja Saiful Adlan ni? Kemas tidak seperti selalu
yang nampak simple tapi hari ni bergaya sakan.
Saiful Adlan buat muka selamba pulak bila aku suruh dia menyorok! Kalau
ayah aku nampak mati aku! Mak aku ada kat dapur tu! Ayah aku sekejap
lagi balik dari kerja! Hari ni warung cuti. Warung mak akulah! Cuti!
“Boleh tak saya nak kenal dengan mak ayah awak?” katanya.
“Saiful !! Please balik Saiful … aduh habislah saya macam ni,” aku merayu aku
takut ayah aku nampak dan emak aku pulak marah ada orang lelaki datang rumah.
“Kenapa? Salah ke saya nak kenal dengan family awak? Sekurang-kurangnya
jemputlah saya naik dan duduk minum kopi ke,” ucap Saiful main-main rambut
terpacaknya itu.
“Dahlah Saiful , saya dah bosanlah! Awak dengan Kina berpakat kenakan saya!
Rupanya-rupanya perkenalan kita dirancang! Cukuplah balik lah!” inilah
yang sebenarnya. Aku tak dapat terima. Sampaikan aku betul-betul
tergilakan mamat kilang ni! Tapi aku cuba untuk melupakan dia. Aku tak
suka perkenalan dari orang lain.
Kina cakap dia nak uji aku. Kina kenal Saiful Adlan ni sebelum aku.
Sampai hati Kina buat aku macam ni! Kenapa tega sangat dia membuatkan
aku rasa tertipu?! Kina!!!? Kenapa? Hati aku menjerit punah.
“Berilah saya peluang untuk berterus terang,”
“Nak terus terang apa lagi? Kita mana ada apa-apa hubungan. Kita kawan
aje kan?”
“Kawan? Bila saya anggap awak kawan saya?”
“Erk!”
Habislah aku!
“Jadi awak tak nak teruskan persahabatan kita? Saya tak tahu kenapa awak
mengelak! Bila saya ajak awak keluar awak tak nak. Awak kata banyak
kerja. Dah seminggu kita tak jumpa jadi saya beranikan diri datang jumpa
awak. Nak harapkan awak sedikit pun tak datang jenguk saya,”
“Awak…! Saya ni budak sekolah! Masih mentah! SPM pun tak ambil lagi,”
“Awak cantik.. awak baik,” pujian Saiful Adlan tidak memberikan apa-apa
makna pada aku. Saat ini aku bangun lalu meninggalkan Saiful Adlan
terkulat-kulat di situ.
Emosi aku terganggu.
“Sally!!” aku tak hiraukan nama aku dipanggil.
Aku masih terasa hati dengan apa yang mereka buat. Semata-mata nak uji
aku sama ada aku patuh pada orang tua atau pun tidak! Ya! Memang aku ni
penipu!! Aku tipu orang tua aku sebab aku nak jumpa Saiful Adlan! Aku
sayang dia! Tapi dia tak faham!
Aku perempuan. Aku juga inginkan kasih sayang dan cinta. Orang tua aku
memang mengharapkan aku berjaya dalam pelajaran jadi aku akan belajar!
Aku malas nak fikir soal cinta lagi. Aku menyesal kerana menipu orang
tua aku. Kalau orang tua aku tahu aku menipu mereka habislah. Aku harap
Saiful Adlan balik! Jangan pernah datang lagi.
Share this novel