BAB 5

Drama Completed 359

Wah! Cantiknya restoran ni… permandangan yang cukup romantis dengan
lampu neon menerangi kegelapan malam. Lilin pula menyala di atas meja.
Pertama kali aku dibawakan ke tempat semewah ini. Banyk betul duit Saiful
Adlan tapi dia bawa motor aje. Aku hanya percaya aje apa yang dia
beritahu aku tempoh hari. Dia kata dia kerja kilang kasut sahaja.
Katanya kerja sebagai mat kilang. Aku okey aje sebab aku tak memilih pun
asalkan dia tampan sedap mata memandang.

“Duduklah,” suruhnya sambil dia menarik kerusi untuk aku duduk.

“Terima kasih wak…”

Malam yang cukup indah dan bermakna sekali.

“Kenapa awak bawa saya ke tempat macam ni, awak kata dah nak hantar saya
balik? Dah lewat ni…?”

“Sebab saya ada sesuatu nak beritahu awak…”

“Beritahu saya? Awak ni buat saya berdebar-debar sajalah,” memang
jantung aku tahap kronik bila berdetak. Gemuruh sahaja. Aku tak tahu apa
yang dia nak beritahu aku. Otak aku cuba menalaahnya tapi tak dapat.

“Kita duduk dan makan-makan dulu ya…” Dia ajak makan pula. Perut aku
memang lapar. Badan pun letih aje. Tapi demi dia sampai pagi pun aku
sanggup.

Aku mengangguk tanda setuju.

Memang sedap makanan di sini. Aku pulun sakan. Orang belanja makanan
best-best. Soal malu aku letak tepi kerana Saiful Adlan pesan aku tak
perlu malu. Jadi aku layan ajelah…

Dia tenung aku. Apa hal lak dia tenung aku macam pelik aje…?

“Awak… duduk diam-diam,” katanya.

Eh!

“Kenapa?” sebaik sahaja aku tanya, tangan dia pun mencapai ke arah bibir
aku bersama kain lap bibir yang tersedia itu. Dia lap bibir aku yang
comot. Wah! Saiful Adlan!!!!!! Awak romantik gila!

“Awak ni sungguh comel… erm.. awak tahu tak malam ni malam apa?” Dia
tanya aku pulak… malam apa ya?

“Saya tak tahu,” hakikatnya aku tahu hari ni malam 14 Febuari, Hari
kekasih bagi orang-orang bukan Islam menyambutnya. Habis aku ni? Adakah
aku pun ikut sambut juga? Aih! Apa ni? Apa semua ni?

“Baiklah…” kemudian dia menghulurkan aku bunga.

Erk!

“Untuk apa ni?”

Dia pun sambut Valentine Day juga ke? Dia nak ucap cintanya pada aku?
Tapi kenapa pada malam begini?

“Untuk awak,” Dari mana bunga ni wujud kat sebelah dia pulak? Aku pun
tak perasan. Masa dia bawa motor tadi tak ada pulak bunga tu. Bunga ros
merah. Eh!

“Jangan susah hati… tempat ni memang saya tempah khas untuk kita malam
ni,” dia macam tahu-tahu aje apa yang sedang aku fikirkan.

Tidak lama selepas itu datang pula pemuzik… dengan alat-alat muzik di
tangan masing-masing. Tapi mereka belum mainkan alunannya lagi.

Aduh! Hari kekasih rupanya patutlah Saiful Adlan romantik gila-gila
dengan aku. Dari tadi lagi kami bersia-sia dia tidak henti-henti
menghemakrkan aku. Aku terasa bahagia sungguh.

Aku pasti! Dia memang tunggu pikul 12 malam baru pemuzik yang berdiri di
situ bagai anak patung tu akan alunkan lagu. Eleh! Pasti lagi yang
begitu romantik akan diperdendangkan. Tapi bagus juga layan. Aku suka
keindahan. Aku suka suasan macam ni.

“Awak… untuk apa semua ni?” bunga yang dia hulurkan tadi aku sambut
dengan baik. Lantas aku cium keharuman bunga itu. Sungguh wangi.

“Erm… awak macam tak suka aje,”

“Bukan tak suka tapi rasa kurang selesa…” aku cuba meluahkan bahawa
Ustaz pernah cakap, sambutan Valentine Day ni untuk meraihkan kematian
seorang paderi. Hmmm tapi mustahil Saiful Adlan pun tak tahu? Aku pun
bukannya baik sangat kerana mala mini terbuktinya aku telah menipu diri
sendiri. Aku tipu ayah dan emak aku di rumah konon aku nak study bersama
Kina. Kina pula dah nasihatkan aku tapi aku tak nak dengar.

“Kenapa rasa macam tu pulak?”

“Tak ada-apa,” balasku tertunduk seketika cuba menyembunyikan perasaanku
sendiri.

Saiful Adlan menguis perlahan daguku. Aku malulah dia buat macam tu di
hadapan orang yang ada di sisi ni berdiri dan melihat telatah kami. Aduh!

Aku dan dia bertentang mata.

Lama dia pandang aku. Aku tewas dek padangan matanya yang seakan
bermakna itu. Bergetar naluri keperempuananku. Terasa seluruh jiwa
ragaku adalah miliknya. Sampai begitu sekali rasaku muncul di relung hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience