BAB 6

Drama Completed 359

Di sekolah.

Kina tertawakan aku. Dia gelak kuat-kuat dalam perpustakaan. Selepas hal
dua hari lepas baru sekarang aku cerita padanya apa yang berlaku dua
hari lepas. Sampai aku dan dia kena halau oleh penjaga perpustakaan.
Orang baca buku tapi Kina kecoh.

“Kan? Pelikkan?” katanya.

“Apa pulak peliknya?”

“Ya lah pelik! Romantik tu beb… sampai sanggup tipu mak ayah semata-mata
nak keluar dengan buah hati pengaran jantung,” ucap Kina di hadapan
pintu masuk perpustakaan. Akud an dia memang dah kena halau keluar pun.

“Arghhh!! Aku bunuh kau!!!!” aku tak tahan terus aku cekik leher Kina.

“Adoi! Sakitlah… jangan kasar sangat….” Rayu Kina dan selepas itu aku
lepaskan.

“Kau ni kan suka buat aku serba salah…” kataku

Kina menutup mulutnya dengan telapak tangan. Aku tahu dia tahan tawa. Hmm…

Aku dan dia beriringan menyusun langkah menghala ke bangku di taman
sekolah. Sambil-sambil jalan tu kedengaran tawa halus dari Kina. Memang
menyampah sungguh.

“Kenapa kau tak ajak dia jadi kekasih kau aje?” soal Kina.

Aku menoleh ke lain arah sekilas. Kemudian aku mengeluh halus.

“Aku perempuanlah Kina… takkan aku nak luahkan dulu…”

“Tapi kan malam tu kau dah keluar dengan dia kan?”

Aku terus cubit lengan dia. Menyeringai Kina selepas kena sepit ketam aku.

“Sakitlah!”

“Tau pun…”

“Hahaha!” gelak lagi. Hmm…

Saat ini aku tahan geram pada Kina. Geram dan tersentap rasanya dia
asyik ketawakan aku sahaja. Sekarang ni aku dan dia tiba di bangku itu.
Aku menghenyakkan punggung di situ. Kina juga. Dia duduk di sebelah aku.
Dia pandang aku. Aku pun pandang dia. Dia menjuih bibir aku muncungkan
mulut.

“Kau mengejek aku ya?” kataku.

“Tak adalah… tapi ini pengajaran buat kau… bagi aku dia tu nampak macam
lelaki yang baik walaupun dia ajak kau keluar sampai larut malam,” ucap
Kina.

“Hmmm…”

“Dia buat apa-apa tak?” soal Kina lagi.

Gila!!

“Apa punya soalan kau ni?”

“Saja nak tau,”

“Takde!”

“Tipu!!!!!”

“Apasal pulak?!”

Kina ketawa lagi. Berderai tawanya sampai mengila-ngilai.
Pelajar-pelajar lain pandang kami. Kina macam kena histeria pulak. Aku
terus tutup mulut dia.

“Wei!! Rileks lah! Kau ni melebih pulak,”

“Okey okey…” Kina menyeka air mata tawanya itu.

Aku diam. Kina pun.

Beberapa minit kami diam.

“Sally… biarlah aku berterus terang…” erk! Apa hal lak ni? Ada kejutan
lagi ke? Sudahlah malam 14 Febuari tu sudah seperti April Fool! Tanpa
aku sedar malam tu bukan Saiful Adlan nak sambut Hari Kekasih tu tapi….

“Cakaplah…” pintaku yang berdebar-debar.

“Semua ni idea aku…”

“Apa?!!!”Aku betul-betul terkejut!

“Lari!!!!!!!!!!!!!!” Kina terus mengatur langkah seremak lari dari aku
sambil ketawakan aku. Aku bunuh kau! Aku bunuh kau!!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience