Aku betul-betul hairan. Emak dan ayah aku tidak melarang keras. Mungkin
mereka percayakan aku sangat-sangat. Sepatutnya ayah aku perlu bimbang
aku sebagai anak perempuannya. Hmm… ah! Pedulilah yang penting malam ni
aku nak berjumpa dengan Saiful Adlan yang hensem tu.
Aku ada di hadapan rumah Kina. Kina ada di mata aku. Saat ini ayah aku
telah pun pulang dengan motornya selepas hantar aku ke rumah Kina.
“Kalau apa-apa ha berlaku kau jangan salahkan aku. Hmm aku kasihan
tengok ayah kau tu Sally… mati-mati dia percayakan kau dan dia hantar kau
konon kau nak study di rumah aku dan tidur kat sini. Padahal kau nak
keluar dengan lelaki,”
“ Kina… kau janganlah rosakkan mood aku,”
“Tapi memang betul apa. Sebelum ni kau tak pernah menipu dan hari ini
kau ajar aku menipu mak ayah kau pulak. Kau sebagai anaknya sendiri pun
telah sanggup menipu mereka. Aku pulak rasa malu, Sally. Biarpun aku tak
sepandai kau di dalam kelas tapi aku tak terlintas langsung nak menipu
mak ayah aku berkenaan hal macam ni. Aku tengok wajah mak kau pun aku
dah sayu… tersentuh hati aku. Abang kau pun dah lama tinggalkan kamu
semua. Kalau dia tengok adik dia dari jauh berperangai macam ni, aku
rasa abang kau pun sedih,”
Tidak semena-mena hati aku tersentuh dek ucapan Kina yang menasihati
aku. Benar katanya. Kenapa aku jadi macam ni? Hanya kerana cinta? Aku
perlu menipu orang tua? Aku keliru.
Tidak berapa lama kemudian, muncul sebuah motosikal yang berhenti agak
jauh dari halaman rumah Kina. Kina yang duduk di tangga itu pun bangun.
Aku tersenyum indah sebaik sahaja melihat lelaki idaman aku menunggu aku
di atas motor RXZ miliknya.
“Bye Kina… aku pergi dulu.. dia dah sampai tu,” nasihat yang diberikan
oleh Kina seperti tidak aku endahkan sebaik sahaja melihat kelibat Saiful
Adlan
“Awak… kita nak kemana ni?” tanyaku sebaik mencapai topi keledar yang
dihulurkan oleh Saiful Adlan setelah aku tiba dekat dengannya.
Aku memandang Kina sekilas yang sedang menggeleng sahaja. Aku rasa serba
salah pula tak dengar nasihatnya. Apa yang penting sekarang ni adalah
perasaan aku. Bukan perasaan orang lain.
“Bukan pakai macam tu…” eh! Saiful Adlan menegur cara aku pakai topi
keledar.
“Kenapa?” tanyaku.
“Terbalik,”
Hehe… silap pulak!
Dia tolong pakaikan aku topi keledar. Wah! Romantik sungguh cara dia
membuatkan aku terbuai terbang ke awan-awangan.
Saiful Adlan melihat cara aku berpakaian. Atas dan bawah dia ‘scan’
aku. Aku dapat agak mesti dia tak suka sebab dia suruh aku pakai seluar
jeans yang dia hadiahkan pada ku. Macam mana aku nak pakai seluar tu di
hadapan emak dan ayah aku? Tak pasal aku kena hentam! Ayah aku tak suka
aku pakai seluar jeans.
Ayah…
Ah! Tak perlu fikirkan tentang ayah buat masa ni nanti hilang mood aku.
“Lupa…” alasanku.
“Oh okey, tak kisahlah tapi kalau orang nak motor ni berbaju kurung
memang tak sesuai,” katanya.
“Kenapa pulak?”
“Awak nak duduk macam mana?”
“Duduk ajelah,” balas aku selamba.
Akhirnya aku terus naik atas motornya bukan mengiring tepi tapi aku
duduk macam biasa. Maka terselaklah kain aku nampak betis. Hmm, Saiful
Adlan lihat betis aku. Aduh! Dia tersenyum sahaja. Senyuman dia lain
macam. Aku gemuruh.
Share this novel