BAB 1

Drama Completed 359

Emak aku kata kalau nak main internet boleh, tapi jangan tinggalkan
solat. Jangan lagut layan internet sampai solat pun diabaikan. Ish! Aku
tak akan tinggalkan Solat sebab solat tu tiang Agama. Kecuali kalau ada
MC. Perempuan kan... erm... Itulah pesanan emak sampai sekarang. Tapi
kisah aku bukan berkait dengan internet pun.

Erm! Dalam hidup ini, aku tak dapat lupa akan cinta permata aku aje.
Bagi aku ianya cukup indah untuk di simpan. Kenangan terindah bak kata
lagu Samsons.

Nama aku Sally (bukan nama sebenar) yang hidup dalam kemiskinan ketika
waktu dulu dan kini keluarga kami senang bagai memang tiket loteri tapi
bukan menang loteri. Mak aku berniaga. Dia buka kedai makan dulu
kecil-kecil hidup melarat sekarang dah jadi restoran terkenal nasi
dagang. Siapa tak kenal dengan nasi dagang Mak Lemah? Haa itulah hasil
air tangan mak aku.

Aku? Aku diperdagangkan dalam dunia yang layu ketika muda remaja. Kini
umur aku 28 tahun. Banyak pengalaman yang aku lalui ketika aku hidup
dalam dunia aku sendiri. Dunia yang diulit mimpi indah meskipun
kehidupan aku masa tu sangat susah. Mandi pun air perigi, sekarang? Air
panas, sejuk segala macam ada dalam jamban rumah aku.

Kisahnya…

“Sally… Sally nak makan apa? Sally cakap aje abang belanja,” ayat manis mat
romeo yang sungguh pandai memujuk.

Ya, dialah lelaki pertama dalam hidup aku. Masa tu aku tingkatan empat.
Memang pertama kali aku kenal erti cinta. Cinta yang teramat dalam
katanya. Hakikatnya cinta itu buta. Lelaki yang menjadi balak aku tu
umur dia dua puluh empat tahun. Macam mana aku boleh kenal dengan dia?

Semuanya kes kemalangan yang tak disengajakan aku. Dia bawa motor, aku
pulak kayuh basikal. Aku sebenarnya malu nak bawa basikal pergi sekolah.
Memang tak sedar diri betul aku masa tu tak padan dengan anak orang susah.

“Awak tak apa-apa ke?” Tanya dia saat aku jatuh tergolek, Aduhh sakitnya
lutut aku. Boleh dia Tanya aku tak apa-apa pulak!

Mujur dia hensem. Kacak, da boom. Hati aku berbunga-bunga masa tatap
wajah dia. Lama-lama pulak tu aku dan dia berpandangan. Aku perasan
cantik masa tu maklumlah pertama kali wajah lelaki terpampang di hadapan
muka aku. Dekat pulak tu. Ish!

Masa itulah aku kenalkan nama aku dekat dia. Dia pun pujilah nama aku.
Katanya nama Sally Natrah (Dah Jadi Nama Sebenar) sangat padan dengan
aku. Cantik seperti bidadari. Itu yang dia cakap. Hati aku merembes cair
dek pujian dari seorang lelaki yang kau tak kenal lagi asal ususl dan
keperibadiannya itu. Wajahnya seperti Aaron Aziz… saudara mara dialah tu
kut. Oleh kerana wajah dia tampan aku rasa malu pulak. Tapi dalam masa
yang sama aku tak nak lepaskan dia. Dia kenalkan nama dia pada aku. Nama
dia Saiful Adlan, sedap nama dia. Dari itu aku nak kenal dengan dia
lebih rapat lagi. Namun aku kena jual mahal kerana aku perempuan. Harga
diri aku tinggi. Sakit yang aku rasai masa tu bagai hilang. Lenyap
sekelip mata.

“Mari saya hantar awak pergi klinik,”

“Klinik?! Saya tak apa-apa, saya okey. Lagipun belanja klinik tu mahal
saya tak ada duit nak bayar. Lagi satu motor awak tu dah calar saya pun
tak ada banyak duit tuk bayar ganti rugi. Ni semua salah saya sebab tak
tengok kiri dan kanan,” aku beralasan.

“Bukan salah awak tapi salah saya,”

“Salah saya,” balas aku.

“Saya,”

“Tak! Saya!”

“Saya!!” balasnya tegas. Muka dia tiba-tiba garang. Aku kecut perut.

Kemudian dia senyum semula dan hati aku pun kembali cair bagai ais yang
dipanaskan. Kemudian dia memapah aku bangun. First time lelaki pegang
aku. Dan kata Ustaz kalau keadaan darurat tak apa. Tapi aku darurat ke?
Hmmm…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience