BEBERAPA TAHUN KEMUDIAN…
“Macam mana dengan pengajian awak?”
“Okey…”
“Jangan fikir susah tau… ingat senang aje… nanti jadi senanglah, kalau
fikir susah nanti akan bertambah susah…” Hehe…
Bila aku sudah dewasa maka aku bersikap matang. Bertambah matang cara
berfikir atas nasihat insan tersayang.
“Ya awak… saya dengar cakap awak dan saya akan ikut mana yang baik…”
“Always baik..”
“Hehe…” aku hanya mampu ketawa kecil dan tali pinggang keledar aku tarik
dan aku rapatkan. Cuti semester akhir, tinggal satu semester lagi aku
akan tamat pengajaian bagi mendapatkan status Saujana Muda Kedoktoran.
Saiful Adlan asyik monoleh ke arah aku sahaja.
“Awak ni semakin lama semakin cantik… erm… awak tak kisahkan saya lebih
berusia dari awak…?”
“Beza lapan tahun aje pun…”
“Tapi saya kisah kalau awak lebih tua dari saya…”
“Kenapa?”
Aku bertanya. Itu sudah realiti umur bukannya boleh main sorong tarik.
Ish! Aku menyesal pulak tanya kenapa? Tak apalah asalkan dia jawab.
“Saya tak boleh panggil awak sayang… saya panggil awak nenek…”
selorohnya yang tak mampu buat aku ketawa.
“Awak serius aje ni kenapa?”
“Saya datang bulan…” selamba aje aku membalasnya.
Aku akan dibawa pulang ke rumah. Memang hari-hari pun balik rumah. Jadi
suri rumah tangga. Hehe… Saiful Adlan suami aku….
Itulah kisah aku. Tak ada apa pun yang menarik dari awal sampai akhir.
Yang pastinya satu benda yang aku belajar dari perkara sebelum ni.
Penipuan dan ketidakjujuran akan membuatkan aku jadi serba salah. Aku
dihambat rasa itu tatkala berdepan dengan orang tua aku. Walaupun ia
nampak kecil namun sebenarnya meninggalkan kesan yang mendalam. Kenapa
aku terima lamaran Saiful Adlan dulu? Rupa-rupanya aku dengan dia sudah
ditunangkan dari kecil lagi. Emak dan ayah aku merahsiakannya. Setelah
satu tempoh aku dengan dia akan berkahwin. Oleh kerana aku menyesal
dengan apa yang berlaku aku terima aje… lagipun aku sayangkan Saiful Adlan.
Apa yang menarik tentang Saiful Adlan, dia memang tampan, tak payah
cerita lagi tampan tu, dia baik… merendah diri. Patutlah dia mampu bayar
kos malam 14 Febuari dulu tu.. Hari lahir aku… dia saje usha aku nak
kenal tuning dia, patutlah dia rapat semacam dengan aku. Lagi istimewa
dia ni anak bos kilang kasut rupanya. Tapi aku tak penting kekayaan yang
dia ada. Masa dia bawa motor RXZ, aku memang dah jatuh sayang pada dia.
Masa dia hantar aku klinik dulu walaupun luka sedikit sahaja.
“Sayang… jangan marahkan saya tau… apa yang saya lakukan semua ni memang
demi cinta saya terhadap awak, arwah abang awak dulu pun memang seorang
pekerja yang baik,”
“Awak kenal dengan arwah abang saya?”
“Ya… dia terkorban sebab menyelamatkan ayah saya…”
Air mata ini mula menitis. Aku terkenangkan abangku yang meninggal dunia
itu akibat kes langgar lari. Baru aku tahu selepas mendengar penjelasan
itu. Kata Saiful Adlan abang aku menolak ayahnya dari dilanggar namun
abang aku pula yang dilanggar.
Musuh ayahnya mahukan ayahnya mati tapi abang aku pulak yang mati.
Begitulah permainan perniagaan. Aku jadi takut. Takut apabila nasib
suamiku juga begitu. Kini dia menguruskan syarikat tersebut. Aku takut
sekiranya ada pula yang berniat jahat terhadapnya. Oh suamiku… andai
abang aku sanggup melakukan perkara itu maka aku juga sanggup berkorban
nyawa demi suami tercinta.
Kina? Di mana Kina?
“Amboi kau Sally lama tak mari jenguk aku…”
“Ni aku mari jenguk lah ni, aku mintak husband aku datang sini jumpa
dengan kau. Aku rindu sangat…”
“Alah, husband kau pun husband aku jugak,”
Memang!!! Aku geram dalam bab ni!!!!! Lelaki memang! Kalau dah mampu
dengan kawan baik aku pun dia menikah!! Dulu berperang aku denga Kina!
Bukan mudha nak terima Kina jadi madu! Tetapi aku perlu memikirkan nasib
orang lain. Sebenarnya… aku yang memohon pada suamiku supaya menikahi
Kina… Kina kini yatim piatu. Ada kisah sedih yang berlaku sebelum ini.
Dia janda berhias. Dugaan hidupnya besar. Kemalangan jalan raya meragut
nyawa suaminya dan juga emak dan ayahnya termasuk adiknya sekali. Sedih
aku tak dapat menahan sebak. Biarlah Kina jadi madu aku biarlah… aku
rela demi kebahagiaan dunia akhirat.
Sudah banyak kali aku pujuk Kina tinggal sebumbung tapi dia menolak
kerana biarlah aku ada privacy. Itulah katanya.
Share this novel