BAB 8

Drama Completed 359

Aku tak bercakap dengan Kina. Aku merajuk! Walaupun dia sudah minta maaf
namun aku berkeras hati. Nampak bodoh aje aku ni sebab percayakan
perkenalan yang dirancang. Hmm! Tapi aku masih tak terfikir siapa Saiful
Adlan itu. Kina berkali-kali mahu menyatakan kebenaran tapi aku tak
pernah bagi dia peluang dan ruang bercakap dengan aku.

Sudah dua minggu keadaan aku begini. Saiful Adlan pun tak datang jenguk
aku lagi. Sebenarnya aku rindukan dia namun keegoan aku terlalu tinggi.
Kina pulak cuba dan cuba nak berkawan dengan aku lagi. Aku marah dengan
dia. Marah sangat-sangat. Dia melawak tak kena tempat! Aku sakit hati.

“Sally…” tegurnya.

Aku buat tak layan. Aku kemas buku aku masuk dalam beg sandang dan terus
melangkah keluar dari kelas. Sekarang waktu balik sekolah.

“Sally…” Kina panggil aku lagi.

Aku berfikir sama ada nak matikan langkah ini ataupun tidak. Aku
berkira-kira sendiri, maka aku memilih untuk mematikan langkah dan
lambat-lambat aku menoleh ke belakang.

Aku angkat kening. Kina muram. Dan dia datang dekat lalu pegang tangan aku.

“Maafkan aku Sally… hanya disebabkan hal tu persahabatan kita putus macam
tu aje. Aku tak faham kenapa kau rajuk sampai macam ni sekali. Sally…
Saiful Adlan rindukan kau…” katanya pada aku.

Rindu? Sekadar rindu? Sesiapa pun boleh rindu! Buang masa betullah!
Ungkapan murahan yang boleh dilafazkan oleh sesiapa sahaja asalkan
terbayar dengan apa yang mereka inginkan. Perasaan aku tergores parah!
Aku ni remaja yang buta dalam cinta sekali jatuh cinta padah jadinya.

“Apa kena mengena dengan aku? Kau kan hebat… buat rancangan nak tunjuk
kau ni baik sangat kan? Kononnya aku menipu mak ayah aku lah.. apa lah
macam ustazah tapi kau lagi teruk! Kau saje bawa aku ke dunia begitu.
Dunia yang akan bawa aku hanyut!” Aku marah Kina.

Kina tersentak aku marah dia selalu.

“Sally!!! Kau marah aku sampai macam ni sekali? Aku buat semua tu untuk
kebaikan kau jugak!”

“Otak kau untuk kebaikan! Kau sudah buat aku jadi penipu! Lepas tu kau
cakap untuk kebaikan!” bentakku tanpa berfikir.

“Kau yang beria-ria sangat! Kau selalu ceritakan tentang cinta dan kasih
sayang! Kau kuat baca novel! Sebab tu kau hidup dalam dunia fantasi kau
sendiri dan kau tak pernah faham dalam pengalaman kau sendiri. Kau tahu
apa itu cinta? Kau tunggu dia ungkapkan cinta? Aku tau lah kau tunggu
dia ucapkan kata cinta pada kau… Aku juga perempuan aku faham apa yang
kau fikir!” Kina sudah mula naik belang cakap menengking. Mujurlah semua
pelajar lain dah balik. Tinggal aku berdua aje dalam kelas.

“Soal aku takde kaitan dengan kau kan? So jangan nak busy body. Cinta ke
apa ke aku tak peduli. Aku nak belajar. Aku nak betulkan hidup aku! Soal
Saiful tu kau aje lah ambik! Aku tak peduli,”

“Betul ni? Kau tak menyesal?”

Eh! Kenapa dia berbasa-basi dengan aku pulak ni?

“Tak!” Aduh! Akana aku menyesal!

“Baiklah… kalau itu jawapan kau memang cerita ni tak akan habis, kau
akan melarat dalam seumur hidup kau kerana menolak lelaki sebaik Saiful
Adlan!”

‘Baik?’ aku tak nampak sudah kebaikan dia apabila bekerjasama dengan
Kina untuk buat ujian yang bengong!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience