BAB 3

Drama Completed 359

“Mak…” aku memanggil emakku perlahan.

Emak aku tengah lipat baju. Aku pun buat-buat busy lipat baju jugak.

“Ada apa Sally?” Tanya emakku.

Susahnya aku nak cakap tapi aku kena cakap juga. Kalau aku tak beritahu
pada emak, nanti aku tak dapat keluar. Aku kena mereka alasan untuk
keluar rumah. Memang selama ni aku tak pernah keluar malam. Kalau aku
keluar dengan Saiful Adlan petang aje itupun tanpa pengetahuan emak aku.

‘Sally… bawakan ayah secawan kopi,” aduh! Ayah aku ni! Time macam ni dia
mintak kopi pulak.

“Ayah… kopi dah habis…”

“Kamu tumbuklah arang yang kat dapur tu, asal hitam macam kopi pun
jadilah…” kata ayah aku!

Aih! Tiru ayat Nujum Pak Belalang pulak!

“Ayah ni orang serius dia main-main pulak,” emak aku ketawa pulak dah
mengekek.

Aku tengok jam di dinding. Aduh sudah pukul 8.30 malam. Macam mana ni?
Aku gelisah.

“Ayah… air suam ajelah ya? Cikgu cakap orang tua tak boleh minum
manis-manis, nanti kena kencing manis,”

“Habis tu kalau makan benda masin? Kencing masinlah ya?” Ayah aku ni..!

“Ayah…”

“Yelah, ayak main-main aje…. Buatlah teh,”

“Abang… teh pun habis… macam mana anak kita nak buat teh? Yang ada pun
air produk Vemma…” Ceh! Berangan sungguh emak aku ni nak minum air mahal
macam tu. Padahal tak ada pun kat dapur.

“Wow!!! Mahal tu… kalau minum air tu hospital pun tutup, sihat aje
selalu,” balas ayah pula.

“Ayah! Hmmm… kejap, Sally ambilkan air suam untuk ayah,” Aku pun terus
bangun dan dapatkan air suam untuk ayah aku yang sedang duduk bersandar
di tiang rumah hampir nak roboh ni.

Berkali-kali aku tengok jam. Aku kena beritahu emak aku sekarang juga.

“Mak… Sally ada home work, nak kena siapkan. Kalau tak esok kena marah
dengan cikgu,”

“Menatang apa home work tu Sally?” ayah aku mencelah. Dia pasang telinga.

Aduh! Ayah aku ni pun satu hal!

“Kerja sekolah,”

“Sally!! Macam mana kamu kata kerja sekolah pulak? Home kan rumah, work
tu kerja, tu kamu cakap kerja sekolah pulak, sepatutnya jadi work school
lah,” aku tepuk dahi! Boleh migrain macam ni.

“Mak… Sally tak ada masa nak terangkan pada mak, mak kan nak tengok anak
mak ni berjaya dalam hidup jadi Sally kena belajar bersungguh-sungguh.
Mak… Sally nak study kat rumah Kina malam ni. Boleh Sally tidur sana tak?
Kina ajak Sally tidur rumah dia aje malam ni, selepas ajar dia buat
homework,” eh! Aduh! Aku silap penyampaian pulak dah!

“Kenapa kamu pulak kena pergi rumah dia? Sepatutnya dia yang datang
sini,” kata emakku yang seperti dapat menghidu pembohongan yang bakal aku
realisasikan sekejap lagi.

“Mak jangan risau… Sally tahu jaga diri. Lagi pun bukan Sally pergi
sendiri rumah Kina tu… Sally mintak ayah tolong hantarkan, boleh kan
ayah?” aku menoleh pula pada ayahku yang hanya menjuih bibir sahaja.

Emak aku sudah selesai lipat baju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience