BAB 3

Humor Completed 7966

Fathir hanya memandang sepi ruang legar bangunan yang digelar hospital.
“Yeahhhhhh”. Bunyi suara orang menjerit membuatkan dia tersentak. Pandangannya jatuh ke arah kaunter pendaftaran. Kelihatan ada seorang perempuan yang sedang melemparkan cebisan kertas warna warni ke udara. Diikuti dengan gelak tawa sekumpulan kanak-kanak. Gelagat mereka seperti bermain salji di luar Negara.
“Amacam rasa salji tak?” ucap perempuan itu sambil mengusap kepala salah seorang kanak-kanak lelaki itu.
“Rasa rasa, rasa macam dekat Australia.” Ujar budak lelaki itu. Matanya jelas memaparkan riak kegembiraan.
“Kan kan kan. Akak dah cakap dah. Jom kita main lagi.” Jerit perempuan itu sambil mengangkat tangan keudara.
“Jom!!” jerit kanak-kanak yang berada disitu. Ini pusat asuhan ke? Detik Fathir.

Bunyi pintu di kuak dari dalam membuatkan Fathir menoleh. Dia bangkit dari duduk.
“So Nar, inilah kawan saya” terpancul wajah Nizam sebaik sahaja kelaur dari bilik tersebut. Fathir mengangguk sebelum tersenyum.
“Fathir” ucapnya. Wajar doctor yang merawat Nizam dipandang. Erk!
“Doctor???” Fathir pelik.
“Ya saya” Nardhiyah memandang lelaki disebelahnya yang di kenali sebagai Fathir.
“Bukan tadi awak dekat sana ke?” soal Fathir. Dia tertoleh ke arah kauter pendaftaran.
“Apa yang kau merepek ni Fathir. Tadi Nar dengan aku la dekat dalam bilik ni. Elok je dia duduk depan aku tadi sampai sekarang. Kau ni mengigau ke?” berkerut kening Nizam dengan kata-kata Fathir. Nardihyah disebelah mengangguk. Tanda mengiyakan siap kata-kata pesakitnya itu, Nizam.
“Encik Fathir okey tak? Perlukan pertolongan” soalnya lembut. Fathir memegang kepala. Takkan aku salah tengok pulak. Takkan la.
“Eh tak tak saya okey.” Ujarnya lambat-lambat.
“Kau dah siap ke Nizam, jom la balik. Aku ada hal la nak uruskan”
“Okey la Cik Nardhiyah nanti kita jumpa lagi ye”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience