BAB 1

Humor Completed 7966

“Kau biar betul Nizam” Fathir memandang Nizam dengan riak kurang percaya.
“Betul la kau ingat aku main-main ke?” begang pun ada juga dengan soalan Fathir. Kad di tangan di pegang.
“Boleh percaya ke ni?” sekali lagi Fathir menyoal. Taufan tiada, tsunami tiada tup tup suruh hantar pergi hospital. Yang menjadi kemusykilanya sihat sahaja Nizam berdiri dihadapanya. Fathir meletakkan belakang tangannya di dahi Nizam tapi di tepis laju oleh Nizam. Serius tak panas pun. Elok je darjah kesihatan Nizam. Tak panas dan tak sejuk. Kalau sejuk nanti jadi lain pulak…huhuhu … Seram.
“Okey, kau ni kenapa sebenarnya? Cuba cakap dengan aku” Fathir memegang erat bahu Nizam. Tidak percaya yang Nizam suruh hantar dia pergi hospital. Okey ini memang tidak pelik, tapi pelik baginya kerana Nizam ini dalam seumur hidup dia sejak 25 tahun tak pernah pergi hospital.

Biasanya doctor yang akan datang kepadanya. Kad di tangan Nizam diambil. ‘Hospital Cinta’ tengok nama pun dah macam pelik.
“Ini hospital apa?” soal Fathir.
“Hanya ini la tempat yang aku boleh pergi sekarang. Kalau hospital lain mesti tak dapat nak sembuhkan penyakit aku ini” luah Nizam mendung. Susah betul la manusia didepannya ini. Suruh bawa pergi hospital pun soalan macam aku dekat mahkamah.
“Kau sakit apa ini Nizam. Kau jangan buat aku risau” muka Nizam ditilik. Pucat tak ada. Badan okey. Masih tegap aku tengok.

“Laa... aku dah cakap dengan kau dah, doctor ni tak boleh rawat aku la” marah Nizam. Sebaik sahaja keluar dari klinik tadi tak habis-habis membebel itu ini. At least, permintaan sahabatnya itu ditunaikan walaupun ada sedikiti pertukaran tempat rawatan.
“Doctor tu cakap apa tadi?” soal Fathir prihatin.
“Dia cakap aku perlukan banyak rehat, lepas tu pastikan tidur mengikut piawaian yang ditetapkan” omel Nizam tak puas hati.
“Alhamdulilah. Sihat pun kau, ni tak dari tadi tak habis-habis cakap kau sakit kenapa? Nanti ALLAH SWT bagi betul-betul baru kau tahu” marah Fathir. Kereta Honda City itu dihidupkan sebelum meluncur laju meninggalkan Klinik Azhar tersebut.
“Dah memang betul aku sakit. Doctor tu je yang tak tahu. Entah kelulusan apa tah yang dia ada. Entah-entah sijil beli” Fathir mengeleng kepala dengan perangai temannya itu. Ada je yang tak kena. Bila sihat nak sakit. Nanti diberi betul-betul penyakit tu tak ke haru nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience