Nashuha hanya mampu mengikut. Terkejut masih bercampur blur.
“Okey listen carefully. Nashuha ni yang akan jadi pengantin Fathir hujung bulan ni. Dila dah putuskan perkahwinan kita dan ia putus untuk selama-lamanya. Dila teruskan je perkahwinan Dila dengan Rosyam tu. Fathir tak kesah pun. Sebab Fathir akan berkahwin dengan Nas hujung bulan ni” terkebil-kebil nashuha mendengar kata-kata yang terbit dari mulut Fathir. Apa kes ni.
“Erk saya rasa ada salah faham ni” lambat-lambat Nashuha bersuara.
“Sayang diam. Biar benda ni abang yang uruskan.” Tegas Fathir. Terkedu nashuha. Apa kes ni!
“Mulai sekarang Dila dah tak ada apa-apa kaitan dengan Fathir.”
“Tapi Fathir..”
“Dah cukup terang Fathir cakap. Dah jom Nashuha. Banyak lagi barang yang kita tak beli lagi” terdorong Nashuha mengikut langkah Fathir. Aku tengah berlakon ke apa ni?
Bunyi jeritan Dila sedikit pun tidak melembutkan hati Fathir. Sekarang fikirannya hanya ada Nashuha dan majlis perkahwinan mereka.
“Apa ni?” jerit Nashuha. Dia merentap tangan dari gengaman Fathir.
“Apa yang apa?” soalan dibalas dengan soalan.
“Ish dia ni suka betul balas soalan balik” rungut Nashuha.
“Jom la kita pergi beli barang hantaran” selamba Fathir bersuara.
“Apa ni dah gila ke?” marah Nashuha sebelum melangkah pergi. Orang gila mana pulak ni? Ada jugak aku campak masuk dekat wad Hospital cinta. Sakit mental!
“Nas! Nas!” terjerit-jerit Fathir memanggil gadis itu. Lucu melihat wajah itu bengang. Comel sangat. Tapi apa yang dikatakan semuanya benar. Bukan satu lakonan.
Kot putih di campak kasar di atas meja. Apa yang lelaki ni buat dekat sini. Menganggu je. Terkejut Nashuha melihat Fathir dihospital cinta. Perkara yang paling dia terkejut adalah apabila sesedap rasa ayam KFC dia cakap aku ni tunang dia. Tak pasal heboh satu hospital.
“Siapa Fathir dalam hidup aku?” jerit Nashuha geram.
“Bakal suami dan bapa untuk anak-anak kita” sampuk satu suara.
“Kau?” tercengang dia apabila melihat Fathir muncul disebalik pintunya.
“Apa kau buat dekat sini?” berangnya masih ada lagi.
“Nak jumpa dengan bakal isteri la” dengan riak tak bersalah Fathir bersuara.
“Siapa bakal isteri kau hah?” nampaknya aura singa Narnia Nashuha dah keluar. Habis la kau Fathir. Muhahahaah.
“Shyyy..Jangan marah-marah sayang nanti seri pengantin lari” sakat Fathir.
“Aku kira sampai tiga. Kalau kau tak kira aku heret kau keluar.
Nahuha sudah pun berdiri depan pintu. Mata mereka bertentang. Antara kasih dan amarah.
Perlahan-lahan Fathir bergerak menghampiri Nashuha dengan senyuman. Nashuha ke belakang. Senyuman Fathir membuatkan dia seram.
Klak! Tombol pintu terkunci. Terkejut Nashuha apabila Fathir sudah berada didepannya. Hanya beberapa inci sahaja jarak muka mereka. Pintu yang terkunci membuatkan Nashuha gelabah.
“Ni apa hal plak ni?”
“Nak Nas” bisik Fathir tepat ditelinga Nashuha. Berdegup jantung Nashuha. Sebelum menolak keras tubuh Fathir. Pintu bilik direntap sebelum menolak keras tubuh Fathir keluar dari bilik tersebut. Terduduk dia disebalik pintu itu sebaik mengunci tombol.
Fathir terdorong ke hadapan. Sebelum mengeleng. Pintu bilik Nashuha dilihat. Boleh tahan jugak bakal isteri aku ni. Singa Narnia yang comel. Bibir diukir segaris senyuman. Secebis kertas nota yang berada didalam poket seluar dikeluarkan sebelum menolak kertas itu dibawah bilik Nashuha.
Share this novel