Dari jauh kelihatan Nashuha sedang leka memujuk seorang kanak-kanak yang sedang mengamuk.
“Tu Nashuha bukan Nardhiyah” Fathir hanya memandang kaku ke arah Nashuha.
“Kami kembar. Kembar seiras”
“Patut la dia marah bila panggil dia Nar” Fathir mengeluh.
“Sekarang dah tahukan. Nas memang garang kadang-kadang. Tapi hati dia baik”
“Yap memang betul pun”
Botol-botol ubat disusun ke dalam almari yang disedikan. Kadang-kadang tu dia akan turun padang untuk memeriksa dan menyimpan stok ubat-ubatan yang berada dihospital cinta. Tangannya berhenti apabila terpegang sebotol ubat yang berwarna merah. ‘Ubat cinta Nur Nashuha’ tertera tulisan itu dilabel ubat tersebut.
“Aik bila masa pulak aku ada masalah cinta ni?” botol ubat itu dipegang. Siti perlu dicari kerana dia yang menerima stok ubat pada hari ini.
“Siti ni ubat apa? Kenapa ada nama saya?” soal Nashuha sebaik sahaja mendapatkan Siti dikaunter.
“Ubat? Nama? Entah la Siti tak tahu pun Siti tak sempat nak belek stok yang sampai.” Bekerut kening siti.
“Kalau macam tu tak apa lah” botol ubat dibuka jelas terbau haruman strawberry menusuk hidung.
“Strawberry? Apa pelik ubat ni?” balang kaca yang berisi ikan emas dipandang. Perlahan-lahan dia menghampiri balang tersebut sebelum menuang sedikit ubat kedalamanya.
20 saat…10 saat….5 saat…..4 saat…3 saat….2 saat….1 saat… Jam ditangan dilihat. Okey done tak ada racun! Botol tersebut hampir dibibir.
Yum..Yum..Yum…strawberry jus. Ini apa kes jus strawberry ada dalam botol ubat ni. Dalam beberapa saat sahaja botol itu sudah kosong. Lupa pulak Nashuha ni gila strawberry. Semua yang berunsur strawberry akan menjadi kegilaannya.
Strawberry cake diatas meja dibelek. Apa pulak ni. Birthday aku lambat lagi la. Rungut Nashuha. Masuk ni dah banyak kali dia terima something yang berunsur strawberry. Macam tahu-tahu kelemahan dia. Susah betul la macam ni.
Bunyi pintu di buka dari luar membuatkan dia bersandar dikerusi. Wajah Nardhiyah menyapa ruangan matanya.
“Wow hari ni ada kek la” Nardhiyah menganbil tempat dihadapan Nashuha.
“Nas tak tahu la siapa yang tak ada keje macam ni.” rungut nashuha
“Eleh. Nak tutup malu la tu. Cakap je la Nas suka. Jimat sikit duit Nas kan nak beli ni semua.” Nashuha tersengih. Susah nak berahsia dengan orang yang sama-sama berkongsi rasa.
“Nar tahu ke ni semua kerja siapa?”
“Tak. Tapi yang pasti orang tu betul-betul dah falling in love dengan Nas. Sampai sanggup buat macam ni. Even, Mail pun tak pernah nak buat macam ni asyik sakitkan hati Nas je”
“Mail? Dia tu tak boleh nak diharap langsung. Lain yang Nas suruh lain yang dia buat memang patut pun Nas tak terima dia” rasa meluat pulak bila mendengar nama Mail. Kali terakhir dia melihat Mail sewaktu dia mengamuk dekat taman dulu. Harap lepas ni dah tak jumpa dia lagi.
“Hujung tahun ni Nar dah nak kawin nanti tinggal Nas sorang-sorang. Nas tak nak ke ada teman?” satu keluhan keluar dari mulut Nashuha.
“Mencintai seseorang dengan sepenuh hati satu perkara yang agak sukar. Untuk mencintai orang tersebut hati ni perlu ikhlas” Nashuha menunjukkan bahagia dadanya. Parut kisah lalu masih tak hilang lagi.
Pandangan Nashuha kaku melihat tasik. Terasa tenang kala ini. Tiada yang lebih tenang selain melihat ciptaan-Nya.
“Fathir jangan la amcam ni. Dila tahu Dila salah.”
“Ngaku pun. Dah la hubungan dah lama putus. Dila dah tak ada dalam diri Fathir lagi”
Bunyi orang bertengkar menarik minat Nashuha.
Fathir yang menarik nafas. Pasal perempuan depan dia la seminggu dia tak terurus. Pandangan mata dibawa lari sebelum terpaku pada seseorang yang cukup dikenali. Dia tersenyum sebelum melangkah perlahan menghampiri seseorang itu.
Nashuha terkejut apabila melihat orang yang cukup dikenali. Gulp! Air liur ditelan apabila melihat lelaki itu berjalan kearahnya. I smile something bad.
“Jom” Fathir menaik tangan Nashuha untuk mengikutnya. Tarikan itu lembut tapi cukup keras. Degupannya sedikit tak betul.
Share this novel