“Mama nanti besar nanti Nada nak jadi doctor dekat hospital cinta boleh tak” lancar sekali kata-kata yang keluar dari bibir comel Nada Ayuni yang berusaha 5 tahun itu.
“Kenapa Nada nak jadi doctor?”
“Papa cakap, papa jumpa mama dekat hospital cinta . Papa cakap lagi mama doctor cinta terbaik di hopital cinta. Lagi papa cakap, mama doctor cinta paling cantik. Lepas tu papa cakap lagi mama ni macam singa, garang. Hanya papa je boleh jinakkan mama.”
“Amboi banyaknya papa cakap dekat dia.” pipi tembam Nada ditarik.
“Nanti bila jadi doctor, Nada nak tolong semua orang dekat hospital cinta. Siankan dia orang mama. Sampai hati ada orang sakitkan hati mereka kan. Papa cakap lagi, hati mama pun pernah sakit. Papa cakap papa la doctor paling hebat sebab dapat sembuhkan hati mama” kepetahan kata-kata Nada membuatkan wanita itu ketawa kecil.
“Ish ish ish papa ni habis semua rahsia mama dia bagi tahu dekat Nada. Papa ada cakap tak yang papa sayang mama?” Nashuha membisik. Cuba mengorek rahsia dari si cilik Nada Ayuni permata hatinya dan suami tercinta. Siapa lagi kalau Fathir bin Arshad. Siapa sangka lelaki itu dapat membuatkan dirinya setuju dalam sekelip mata.
“Papa tak sayang mama tapi papa cintakan mama” pelukkan dari arah belakang membuatkan Nashuha tersentak.
“Tengok papa dah cakap. Mama ni lain kali kalau nak tahu tanya la papa sendiri” bebel si cilik.
Nada didukung oleh Fathir.
“Anak papa ni pecahkan rahsia papa ya” hidung Nada dicuit.
“Papa tak cakap pun rahsia”
“Suka lawan cakap papa macam mama dia jugak.”
“Anak mama la katakan.”
“Amboi kalau tak ada papa, bukan anak mama taw”
“Nada anak mama dan papa” Nada bersuara. Leher Nashuha dan Fathir dipaut.
Fathir dan Nashuha berpandangan. Sebelum satu kucupan hingga di kedua belah pipi Nasuha.
“Tak aci. Papa cium pipi mama je, Nada papa tak cium. Tak adil” rengek Nada. Muka dipaling.
Tercetus ketawa antara kedua-duanya.
Fathir mengambil tempat disebelah Nashuha. Matanya ralit melihat Nashuha yang sedang leka membaca sesuatu.
“Bukan niat saya untuk menjadikan awak mangsa dalam hidup saya. Bukan niat saya untuk memainkan perasaan awak. Namun niat saya hanya satu. Ingin menjadikan awak yang peneman hidup saya tika susah dan senang. Bukan hanya jadi pelakon sementara tapi menjadi realiti. Saya cintakan awak kerana Allah SWT dah tetapkan hati saya untuk awak. Kunfayun. Makan terjadi la jodoh kita. Nur Nashuha sudikah awak merealisasikan kehidupan saya sebagai realiti dan awak adalah watak utama dalam hidup saya” bait-bait itu keluar dari mulut Fathir. Nashuha yang sedang leka memandang kertas itu terkejut. Tak sedar bila suaminya masuk kedalam bilik.
“Hebat tak ayat abang, sampai orang tu baca sambil menangis-nangis. Lepas tu siap jerit satu hospital I do lagi” sakat Fathir. Bila teringatkan peristiwa dulu cukup membuatkan memorinya sedar untuk menjadi satu kenangan paling yang bahagia.
“Tak payah la ungkit cerita zaman tok kaduk sekarang ni zaman milinuem.” Marah Nashuha. Sebenarnya dia segan bila kenangan itu diungkit. Malu kot. Tak pasal satu hospital terdiam.
“Tanpa cinta tok kaduk cinta milinuem ni tak ada” kepala Nasuha ditarik merapati dadanya.
“Abang cintakan Nas untuk selamanya” ucapa Fathir penuh romantic.
“Nas pun cintakan abang jugak. Tapi cinta Nas lebih sikit la” gurau Nas.
“Abang cintakan Nas sama macam Nas cintakan Strawberry dia” berkerut kening Nashuha.
“Abang samakan cinta Nas dengan Strawberry. Tahu la dulu abang yang bagi strawberry dekat Nas” Nashuha menarik muncung.
“Tak la sayang abang lebih cintakan Nas dari Nas cintakan abang” pujuk Fathir.
“Alolo..Sweet-nya” pipi Fathir dipegang. Semoga bahagia menjadi milik mereka.
Share this novel