Botol air mineral di tangan Fathir dilempar kuat. Bunyi suara orang mengadu membuatkan Fathir gelabah. Matanya terpaku pada raut wajah seseorang. Melihat gadis itu berjalan kearahnya membuatkan dia terhimpit rasa bersalah marahkan orang lain. Orang lain yang kena.
“Oit cik abang cantik tingkah laku, apa ingat kepala saya ni tong sampah ke?” marah gadis itu. Gadis la dengan darjah ketinggian dan lenggoknya membuktikan yang didepannya gadis. Cuma satu jelah raut wajah itu ditutupi dengan topi.
Sebaik sahaja gadis itu mendongak dan menampakkan raut wajahnya Fathir tersentak.
“Eh Nar..Maaf-maaf saya tak sengaja tadi... maaf sekali lagi” pohon Fathir selepas terdiam seketika. Nashuha mendengus.
“Apa Nar Nar. Kau ingat aku ni Narnia ke??” marah Nashuha. Silap orang la beb aku Nashuha bukan Nardhiyah. Amboi garangnya doktor sorang ni dah macam singa dekat Narnia...hoho.
“Maaf la Nar, saya betul-betul tak sengaja.” Mohon Fathir, nak buat macam mana memang sahih dia yang bersalah. Kalau nak larikan bukti pun memang dah tak boleh dah. Bukti dah ada depan mata.
“Susah aku nak maafkan kau ni. Zakat kepala aku ni mahal. Kau dah menyebabkan duit zakat aku kurang ni” Nashuha berkira-kira. Dia cukup pantang orang main kepalanya.
“Nur!!!!!” bunyi jeritan satu suara membuatkan Nashuha terus berpaling. Rasa marahnya tadi bertukar meluat bila melihat orang yang memanggil namanya tadi.
“Hah kau nak apa dah tak puas makan penampar dari aku” ujar Nashuha garang. Kecik besar je lelaki didepannya itu.
Fathir yang melihat sedikit terkejut. Amboi perempuan ni bukan main garang lagi.
“Nur jangan la macam ni. Niat saya ikhlas ni” alamak pasangan kekasih bergaduh la. Fathir melangkah perlahan meniggalkan merpati yang tak sejoli tu.
“Hah nak pergi mana tu” langkah Fathir terhenti bila mendengar singa Narnia ni mengaup.
“Saya tak nak gangu pasangan kekasih berdating” selamba Fathir. Nanti tak pasal hati yang sakit bertambah sakit pulak tengok pasangan bercinta ni.
“Mari sini” Nashuha menarik tangan lelaki didepannya. Fathir terkejut. Pantas tangan gadis itu ditepis lembut. Tak manis kalau orang tengok.
Nashuha mengangkat tangan tanda bersalah. Nak lari dari masalah punya pasal sampai lupa batas. Dia tak boleh lepaskan lelaki didepannya itu kerana hanya dia la mampu selamatkan dirinya.
“Kau duduk sini diam-diam selagi aku tak suruh kau blah jangan nak blah paham” terkedu Fathir. Ini arahan ke apa ni. Serius perempuan ni singa Narnia. Perlahan-lahan Fathir menganguk. Malas nak dengan singa ni mengaum. Nashuha menarik nafas sebelum lepas. Perlahan-lahan dia mengubah riak mukanya.
“Nur saya betul-betul mintak maaf saya tahu saya salah sebab buat awak macam ni” pohon lelaki itu. Fathir yang berada ditengah meraka hanya berdiri tegak. Nak nyanyi lagu negaraku la. Kata-kata itu hanya mampu diluahkan dalam hati.
“Oit kau Mail jangan nak kacau aku lagi. Kalau aku jumpa kau lepas ni siap kau. Ni kau nampak lelaki depan aku ni. Dia ni bakal laki aku.” Nashuha menunding jari kearah Fathir. Fathir yang masih kaku nyanyi lagu negaraku tersentak.
Apa ke benda yang berlaku ini. Fathir melihat wajah sungul lelaki di depanya itu. Serius dia pun tak tahu nak cakap apa. Nak nafikan sebe-salah tak nafikan lagi la sebe-salah. Last-last dia buat tak tahu. Nanti tak pasal pulak singa ni mengamuk dengan aku-aku dia ngap.
“Tahniah bro. Aku harap kau dapat jaga Nur dengan baik. Nampaknya aku terpaksa mengundur diri..” sayu je suara lelaki yang dikenali Mail itu. Itu pun sebab tadi dia dengar singa ni panggil Mail.
“Eh nanti dulu saya rasa ada salah faham ni..”
“Dah tak payah kau nak menyibuk” tegas suara singa Narnia ni. Adeh kenapa la aku terperangkap dalam situasi ni! Jerit hati Fathir.
Share this novel