BAB 6

Humor Completed 7966

Nizam tercenggang. Tak sampai 5 minit nasi dalam pinggang Fathir sudah pun licin. Nizam menahan tangan Fathir dari menambah lauk asam pedas yang dia masak.
“Weh asal ni?” marah Fathir. Orang nak makan dia pergi halang-halang ni kenapa.
“Kau tak kesian ke dekat aku ni Fathir. Aku balik keje terus masak lepas tu bila aku nak makan tak sempat, kau dah habiskan. Ni tinggal seketul je asam pari ni. Kau tak nak bagi aku ke. Air liur aku ni dah meleleh ni. Penat-penat aku masak kau tibai semua. Sedih aku” kelam je wajah Nizam. Sedih kot.
Dari semalam teringin nak makan, ingat bila dah masak boleh makan puas-puas tapi hampa jugak. Dia sebaik sahaja selesai mandi dia turun untuk makan. Makanan sudah dihidangkan siap-siap.
Bila turun ye tengok si Fathir tengah melahap semua. Habis licin nasi dan masak lemak cili padi ayam. Dia yang tengok bergegas turun untuk selamatkan seketul lauk yang tinggal. Apa la nasib aku ni.

Fathir menyandar dikerusi kesian pulak tengok rupa Nizam yang macam orang mengidam tu. Serius dia tak sedar waktu tu. Balik je rumah dia terasa haus akibat dari kegeraman. Bila bukak tudung saji pantas ternampak wajah singa Narnia tu. Dek kerana geram habis dia makan semua makan yang ada atas meja makan. Hati dia panas je bila teringatkan singa tu.
“Sorry aku tak sedar. Aku tengah tension gila ni” luah Fathir.

Heimlich maneuver. Jeritan hatinya sebaik sahaja. Wanita itu terkulai layu. Keadan yang kelam-kabut itu menyukarkan Nashuha.
“Sila beri saya ruang” tegas Nashuha. Tubuh wanita asing itu dipeluk arah belakang. Bahagian pinggang dipeluk kemas. Sebelah tangan lagi digengam dan menekan bahagian ibu jari ke perut mangsa antara pusat dan rangka dada. Sebelah tangan lagi memegang tangan yang digengam. Tangan di tarik ke atas dengan cepat. Melihat wanita itu terkulai layu membuatkan Nashuha menarik nafas sekali lagi. Parah!
Sapu tangan di tekap perlahan pada leher wanita tersebut. Sebaik sahaja dia menyerahan wanita itu kepada pihak ambulans dia tersenyum puas. Heimlich maneuver adalah prosedur kecemasan untuk mengeluarkan objek asing yang dikemukakan dalam saluran udara yang menghalang orang daripada bernafas. Hanya dengan melakukan tekanan pada bahagian belakang. Namun keadan tadi sedikit teruk apabila mangsa tadi pengsan sebelum sempat benda asing yang terdapat disaluran nafas itu keluar.
Satu lubang kecil perlu dibuat dibahagian leher bagi memberi bantuan penafasan. Sebaik sahaja wanita itu bernafas perkara yang sama diluangi iaitu memberi tekanan pada bahagian belakang. Sehingga benda asing itu terkeluar.
Alhamdulilah terasa gembira bila dapat menyelamatkan nyawa seorang. Hah! Seronok betul jadi doctor nak nak bila dapat menyelamatkan nyawa seseorang. Walaupun ajal maut ditangan tuhan tapi kita sebagai doctor sebagai perantara. Kita wajib berusaha.
Beg tangan dicapai. Dia perlu menguruskan sesuatu. Langkah yang diiringi dengan senyuan kegembiraan. Dari jauh langkahnya diintai seseorang dengan degupan jantung yang kencang melihat diri itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience