BAB 4

Humor Completed 7966

“Kau paksa aku hantar kau dekat hospital dekat corok dunia tu, semata-mata nak dapatkan buku tulis ni sebijik” Fathir kehabisan akal. Serius dia tak paham. Kata doctor Nardhiyah sakit Nizam dah teruk tapi kenapa ubatnya hanya sebuah buku tulis berwarna merah hati. Apa dia suruh tulis waksiat ke?
“Ala relax la, Fahtir aku tak nak menyusahkan kau. At least, sekarang ni aku dah lega sikit. Tanpa kau mungkin penyakit ni makin merebak.” Nizam berdrama.
“Sudah la kau ni. Malas aku nak layan” Fathir menekan minyak kereta miliknya meluncur laju membelah lebuhraya.
Fikirannya masih mengingati perempuan yang bersama kanak-kanak di hospital cinta. Takkan hantu pulak. Ish tak mungkin kot.

“Siti ada nampak Nashuha tak?” soal Nardhiyah. Siti yang sedang menyusun sesuatu menoleh
“Eh Nar. Siti tak pasti la.. Tadi dia ada datang bawak si Khai, Mirul, Hana, Fyka, Sarah dan Mira main dekat sini. Cuba Nar tengok dekat sana habis berterabur kertas yang dikerjakan oleh Nas tu” adu Siti. Dia menoleh ke arah kertas yang berselerak dilantai.
“Okey la Siti, Nar nak pi cari Nas sat. Ada benda Nar perlukan dari dia” Nardhiyah tersenyum.
“Ops sebelum lupa pesakit dekat wad Rindu bila boleh pulang?” soal Nardhiyah
“Oh si Murni tu ke? Kalau tak silap Siti, nanti petang dia akan discharge. Tapi sebelum tu dia nak jumpa dengan Nar dulu” pesan Siti. Gadis di depan dipandang. Selesa berkerja dibawah bumbung dengan pemilik hospital cinta ini.

Nardhiyah dan Nashuha dua kembar seiras. Pemilik hospital cinta yang mengendalikan soal cinta manusia. Memiliki dua ruang untuk pesakit dewasa dan kanak-kanak. Siapa cakap kanak-kanak tak ada masalah cinta. Adalah. Cuma dari bentuk yang berbeza.

Nardhiyah mempunyai perwatakan yang agak matang dan mampu mengendali masalah cinta. Cenderung ke arah sifat kewanitaan dan agak lemah lembut. Kalau masuk rancangan gadis melayu confirm menang tanpa bertanding.
Nashuha adik kepada Nardhiyah. Lewat 2 minit dari Nardhiyah cenderung merawat pesakit yang sudah pun mempunyai tahap cinta yang mana pada peringkat negative. Mempunyai perwatakan happy-go-lucky. Mempunyai tahap keceriaan mencecah 360 darjah. Kalau masuk rancangan super spontan boleh jadi pemenang tanpa perlu mendaftar. Dia jugak seorang yang ganas diluar. Hehehe
Sebanyak 99% kes sudah pun berjaya diselesaikan. 1% hilang sebab pesakit telah dimasukkan dihospital jiwa kerana tidak boleh menerima cinta yang tak kesampaian.
Doctor cinta gelaran untuk Nashuha dan Nardhiyah. Bukan sekadar doctor biasa . Mempunyai sijil dalam bidang kedoktoran. Bukan sijil beli bukan sijil kopi and pasta. Ala copy paste la. Tapi sijil yang mendapat pengiktirafan dunia. Sijil dari Harvard University, Cambridge, Massachusetts, Amerika.

“Nar kau pasti ke tentang ni?” Nashuha membelek kertas yang berada dihadapannya.
“Ya la mcam tak biasa. Tapi ini lain sikit. Perempuan uh adik kawan dia dan adik dia tu dah ada pakwe. Kawan dia tu pulak jenis protect adik gila-gila. Dia hanya terima siapa saja yang akan jadi laki adik dia yang penting adik dia tu mesti setuju.” Terang Nardhiyah. Dia mengetuk pencil di atas meja. Sambil memandang ke arah adiknya, Nashuha yang sedang tekun memandang kertas yang mengandungi maklumat bakal pesakitnya itu.
“So kita nak guna ‘ubat’ apa?” soal Nashuha . Matanya tepat memandang Nardhiyah. Mencari jawapan yang satu.
“Ikut yang mana sesuai. Cara Nas lain dari Nar” putus Nardhiyah. Nashuha mengangguk. Corak ‘rawatan’ sudah pun berada di dalam mindanya.
“Okey anggap je ni semua selesai.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience