lkram nama jejaka tersebut .Berasal dari Berau sebuah tempat di lndonesia .Usianya masih terlalu muda .Dalam lingkungan 17 tahun .Baru selesai menduduki peperiksaan SPM jika kita di Malaysia .
Ros dan lkram gembira dalam pertemuan melalui laman sosial itu .
Pada mulanya mereka hanya bertegur sapa .Salin bertukar pendapat dan pandangan .Memandangkan usia Ros sudah tua berbanding lkram .Jadi Ros mahu lkram manganggap dirinya sebagai kakak .
Meskipun lkram terlalu muda bagi Ros tidak menjadi halangan jika mereka hanya berteman dan bertukar pendapat .
Kerana teman tidak mengenali usia .Teman juga tidak perlu di nilai dari paras rupa .Taman juga tidak perlu jarak jauh atau dekatnya seseorang itu .
Perhubungan Ros dan lkram amat mesra .Jika Ros tidak hubungi atau chat dengan lkram .lkram yang akan chat atau hubungi Ros bertanya khabar .
Ikram malah mengenali kedua - dua permata hati Ros .Jasmin dan Jazwan .Mereka juga selesa andai bervideo call dengan lkram .
Ikram sering mengambil berat tentang pelajaran anak sulung Ros si Jasmin .
Kadang - kadang lkram meluangkan masa memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada Jasmin .Perbezaan bahasa tidak menjadikan batas dalam perbualan antara lkram dengan keluarga Ros .Kerana anak Ros si Jasmin jika dia tidak faham maka dia terus bertanyakan pada Ros sebagai tempat rujukannya .
Ros pula sudah terbiasa dengan bahasa ibunda orang - orang lndoneaia mandangkan sebelum ini dia ada mempunyai beberapa orang kawan dari negara tersebut .
Jasmin yang kehilangan kasih seorang ayah senang dengan kehadiran lkram di dalam hidupnya .
Dia menerima lkram sebagai seorang abang yang sering membantu dia baik dari segi pelajaran mahupun dalam masalah percakapan dan pergaulan .
Semua nasihat lkram tersimpan di benaknya .Ikram juga senang dengan anak - anak Ros .
Ros berasa tenang sebab hadirnya seorang yang dapat membantu dirinya memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada kedua - dua cahayamatanya .
Bagi Ros kehadiran lkram seperti sebutir permata di dalam kehidupan dia dan anak - anaknya .
Si kecil Jazwan sering ketawa bila di agah olah lkram .Boleh dikatakan jika ada masa terluang lkram akan membuat video call untuk melihat anak - anak Ros .
Kadang - kadang jika Jazwan mahu tidur video call dari lkram menemani anak itu .
Masa beredar terus berlalu .Keakraban terjalin diantara lkram dan ahli keluarga Ros .Meakipun berada di dalam jarak yang jauh .Namun semua itu tidak menjadikan ianya halangan buat mereka semua .
Kedua - dua pihak merasa senang dengan perhubungan yang mereka jalinkan .
selama ini .
Share this novel