Jauh di sudut hati lkram masih merindui Ros .Namun lkram tidak mahu mengalah .Dia harus bertekad .Andai Ros benar cinta padanya Ros harus membuktikan padanya .Dengan cara Ros sendiri datang kepadanya .
Andai Ros datang kepadanya bererti dia boleh mempertahankan cintanya pada Ros .Dan membuktikan kepada keluarga bahawa Ros benar sayang pada dirinya .Serta keluarga terutama ayah dan ibu tidak boleh terus menghalang dia dari terus mencintai Ros .
Selama ini ayah dan ibunya telah mengetahui tentang kisah cintanya dan meyatakan ketidak kerelaan andai dia mengejar cinta di kejauhan .Kerana cinta di kejauhan bukan lah cinta yang sempurna .Kerana tampa pengetahuan kekasih di dunia mayanya ,mungkin dia boleh berselingkuh dengan orang lain di dunia nyatanya pula.
ltu pendapat ayah dan ibunya bagi menghalang dia dari terus mencintai Ros yang berada di alam maya .Bagi kedua - dua ibu bapanya biarlah anaknya itu mengenali cinta di alam nyata .Kususnya harus lah kekasih anaknya itu berada di dekat mereka bukannya hanya bertemu melalui telefon sahaja .
Kerana jika kekasih anak mereka dekat dapatlah mereka untuk mencari tahu akan salah silah kekasih anak mereka itu .
lya orang tua yang mana akan melepaskan anak - anak mereka untuk memulakan hidup dengan sewenangnya tampa di ketahui akan buruk baiknya sesuatu perkara itu .
Kerna itulah ibu dan ayahnya seboleh - bolehnya cuba menghalang hubungan cinta antara lkram dengan Ros .Kerna mereka tidak mengenali Ros malahan Ros juga hanyalah kenalan melalui telefon sahaja dan tidak pernah bertemu muka secara nyata .
Tambahan bagi pendapat ayah dan ibunya .lkram masih belajar dan dia seharusnya menefaatkan masa mudanya untuk belajar bukannya mengejar cinta .Kerana perjalanan lkram masih jauh dan cinta tidak perlu di kejar .
Jadi dengan itu perbagai alasan telah di beri oleh ayah dan ibunya untuk membuatkan lkram sedar akan cinta yang di bina bersama Ros itu bukanlah sesuatu yang pasti .
Di tambah dengan halangan keluarga setelah mereka tahu duduk perkara hubungan cinta antara dia dan Ros .
lkram memutuskan hubungan cintanya dengan kekasih hatinya yang selama ini telah mengembalikan seri hidupnya .
lkram tahu Ros benar - benar kecewa namun apa kan daya .lkram mahu Ros mengerti bercinta di jarak yang jauh ini telah membuat dirinya terasa amat meyakitkan .
Tak kala dia melihat teman rapatnya lrwan sering bertemu dan bermesra dengan kekasihnya .Tetapi dia hanya boleh bervideo call sahaja tampa bertemu muka seperti lrwan .
Hati mudanya berasa tercabar .Lantas dengan itu terciptalah alasan untuk berpisah dan terus memutuskan cinta yang mereka bina .
Oleh kerana itu maka terciptalah alasan kejauhan menjadi penyebab dan penghalang cinta mereka .
Share this novel