Ros merasa seluruh hidupnya amat kosong sekali .Jika dulu dia bercadang hanya mahu mempermainkan perasaan lelaki yang tersangkut padanya .Tapi kini dia pula yang merasa betapa siksanya bila cinta yang di bina atas dasar terpaksaan itu terpaksa diakhiri di saat dia masih terasa betapa bahagia dan gembira bila diri rasa disayangi dan di kasihi oleh seorang insan yang bergelar lelaki .
Ros berfikir sendiri " betapa bodohnya dirinya membenarkan perasaan sayang bertandang didalam dirinya terhadap lkram .Dan dia juga melayari perasaaan cintanya terhadap lelaki itu.Dan kini dia harus melupakan lkram kerana menurut lkram cinta yang mereka bina tidak bakal membawa bahagia malah mereka harus memutuskan ikatan cinta mereka .
Kata lkram lagi cinta yang mereka bina tidak akan bakal bersatu meskipun mereka mempertahankan hubungan cinta mereka .Malahan cinta mereka itu bakal membawa petaka kerana harapan dan keinginan mereka untuk megecapi bersama berada di dalam suasana yang terpisah di kejauhan yang teramat sangat .
Semenjak mendengar pengakuan lkram mahukan mereka berpisah dan lkram sudah beralih arah .Hidup Ros umpama di selubungi awan mendung .Segala yang di lakukan nya sudah jadi tidak menentu .Semenjak dari saat itu fikirannya jadi terganggu .
Dengan sebab itulah akhirnya di pagi yang cerah dan ceria apabila dia membuka mata Ros dapati dirinya telah berada di katil hospital .
Menurut jururawat yang bertugas sewaktu dia di bawa ke sini dia dalam keadaan tidak sedarkan diri .
Mereka sendiri tidak pasti mengapa dia berada di dalam keadaan sedemikian .
Dan kini Ros harus menerima rawatan di hospital itu buat sementara waktu .
Ros berfikir sendiri " mengapa harus dia menurut kata hatinya yang tidak menentu itu .Sedangkan dia masih mempunyai tanggungjawab yang besar .Di mana anak - anaknya hars menumpang hidup andai dia terus berkeadaan tidak menentu .Dan di mana juga dia harus mencari pendapatan untuk keperluaan anak - anaknya itu ".
Dia harus kuat dan keluar dari kesedihan hatinya itu .Demi anak - anak dia harus mampu perbaiki keadaan meskipun harus korbankan hati dan perasaannya sendiri .
Semenjak dari saat itu Ros bertekad di dalam hatinya mahu membina hidup bersama - sama anak - anaknya dan melupai kisah cintanya bersama lkram .
Share this novel