Bab 19

Romance Completed 4426

Pernah di suatu hari Ros memberitahu lkram apa yang doktor beritahu padanya .
lkram anak zaman moden yang serba canggih merasa tidak percaya dengan apa yang Ros perkatakan .
lkram menganggap Ros cuba membohonginya tentang penyakit yang senaja di adakan oleh Ros .
Ros juga sebenarnya tidak sakit hanya memancing tektik untuk berbaik semula dengannya .
Namun di kejauhan lkram tidak meyedari penderitaan yang Ros lalui .Hari demi hari keadaan diri Ros kian tenat .
Kesakitan meyerang Ros tampa belas kasihan .Setiap kali sakit meyerang Ros akan ke hospital untuk mendapatkan rawatan .
Tetapi doktor hanya membekalkan Ros dengan panadol dan sedikit vitamin .Ros tidak pernah di beri ubat khas untuk penyakitnya .
Penyakit Ros sering meyerang tampa mengira masa .Akhirnya melalui seorang kenalan di fac Ros mendapat seorang perawat tradisiomal .Menurut perawat tersebut sememangnya doktor tidak akan dapat mengesan jika penyakit itu di sebabkan oleh " ain " iaitu satu penyakit yang di sebabkan oleh kuase lain .
Ros yang pada mulanya tidak percaya tentang sihir telah cuba meyelidiki dengan berpandukan Al Quran dan Hadis .
Terdapat Hadis dan Surah yang menerangkan tentang sihir .Mahu tidak mahu Ros harus akur dan percaya dengan kata - kata perawat tradisional tadi .
Ros cuba berubat dengan menggunakan keadah jarak jauh .Sehinggalah suatu saat seluruh tubuh ros di penuhi kegatalan yang teramat sangat .Kegatalan di tubuh Ros tidak ada sebarang kesan atau bintatan sekalipun .
Meskipun begitu Ros masih lagi meneruskan perawatan dengan doktor .Sehinggalah doktor meyatakan satu kalimat iaitu " puan sebenarnya jika ikut ilmu yang saya belajar hingga ke luar negara .Puan sebenarnya tidak sakit .Apa yang puan rasa dan alami itu mungkin di luar jangkaan kedoktoran .Jadi saya syorkan supaya puan berubat secara kampung .Mungkin dengan cara itu dapat meyembuhkan sakit yang puan alami itu ,"
Ros akur dengan saranan doktor .Perubatan jarak jauh terus di lakukannya .Sehingga ketika keadaan Ros kian teruk .Ros menghubungi perawat tersebut .Tetapi perawat itu tidak memberi sebarang respon kepada Ros .
Hubungan Ros dengan lkram kembali meruncing .lkram seolah - olah cuba menjauhkan diri dari Ros dan anak - anaknya .
Ros tidak tahu kenapa .Dalam keadaan dirinya yang sedang sakit di tambah pula kekasih yang sering menjauhkan diri .Membuatkan hati Ros sering di rundung kerunsingan .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience