Rosmaria atau lebih dikenali sebagai Ros adalah seorang janda yang mempunyai dua anak . Dia baru saja menerima gelaran janda setelah sah bercerai dengan suaminya Firdaus atas alasan hadirnya orang yang ketiga .
Kehidupan rumahtangga Ros di landa badai kehancuran setelah suaminya mengenali seorang janda muda beranak 3 iaitu Yanti .
Jika di bandingkan keterampilan Yanti dengan isterinya Ros amatlah ketara sekali .Ros yang jauh lebih muda dan berwajah ala - ala pan asian berbeza dengan Yanti yang berwajah melayu malah berbadan agak gempal .Dan tiada keterampilan diri .
Namun kata orang " cinta itu buta ",.Cinta yang tidak bermata itu telah menggongcangkan kerukunan rumahtangga Ros dengan Firdaus .Ditambah pula dengan campur tangan ibu Firdaus iaitu ibu mertua Ros .
Sejarah pernikahan Ros dengan Firdaus ,meyebabkan timbulnya tentangan dari keluarga pihak lelaki.
Menurut kata ibu mertua Ros ,Firdaus sudah di pertunangkan dengan sepupunya sejak dari kecik lagi .Kehadiran Ros di dalam hidup Firdaus amatlah tidak diingini oleh keluarga sebelah Firdaus terutama ibunya Puan Laila .
Puan Laila telah beberapa kali cuba memisahkan dua insan tersebut .Namun Allah sering melindungi mereka berdua .
Puan Laila tidak pernah berasa tenang dengan kehadiran Ros .Ada sahaja yang tidak kena di mata tuanya itu .
Namun Ros sebagai seorang isteri dan anak yang di didik dengan ketaatan dan hormat pada yang tua sering berperangsangka baik terhadap ibu mertuanya .
Sehingga kan pada suatu saat ketika Ros ,suami dan anak pertama mereka pulang untuk meyambut lembaran di kampung mertuanya .Puan Laila membuat Ros umpama tidak ujud di dalam keluarganya .
Puan Laila hanya melayan anak menantu dan cucu - cucunya yang lain sahaja .Kehadiran Ros dan anaknya Jasmin tidak di hiraukan .
Firdaus pula bila pulang ke pangkuan keluarga terus hilang di dalam keselesaan tampa menghiraukan anak dan isteri yang seperti kata orang " rusa masuk kampung " nasib baik lah juga Jasmin anak mereka ada menemaninya .Jika tidak seperti " kera sumbang lah Ros " jawabnya .
Tambahan Ros dengan Firdaus punya suku yang berlainan .Firdaus berasal dari keturunan minang .Mereka menggunakan bahasa ibunda mereka .Sementara Ros pula berasal dari melayu pattani .Jadi percakapan mereka banyak perbezaan .Tambahan Ros pula tidak pandai berbahasa minang .Ros hanya tahu berdailog pattani dan bahasa melayu sahaja .
Keadaan ini meyukarkan ros untuk bergaul dengan keluarga mertuanya .
Namun hatinya tiada terjaga bila suami sering tidak menghiraukannya .Ros mengibaratkan dirinya seperti " itik berdailog dengan ayam " kerana kedua - dua pihak saling tidak memahami .Pihak keluarga mertua bukan tidak tahu berbahasa melayu tetapi mereka dengan senaja tidak menggunakan bahasa melayu bila bercakap .Meskipun percakapan itu di tujukan kepada Ros dengan anaknya Jasmin .
Hatinya terubat bila bapa mertuanya En Halim sudi meyape dia dan anaknya .Begitu juga dengan adik bongsu dari suaminya yang sanggup bermesra dengan Jasmin satu - satu anak yang mereka ada pada masa itu .
Setelah pulang ke kediaman milik mereka Ros cuba menegur sikap suaminya .Namun suaminya buat acuh tidak acuh sahaja . Mungkin dia sudah termakan dengan hasutan ibunya .Namun begitu Ros tidak pernah hiraukan perubahan sikap Firdaus .
Kerukunan rumahtangga mereka terus berjalan lancar meskipun di tentang oleh keluarga .
Ros bahagia di samping Firdaus dan anaknya Jasmin .
Tidak berapa lama selepas itu sekali lagi Ros di sahkan mengandung .Kehidupan mereka di selubungi kebahagiaan .Hinggalah usia kandungan Ros 7 bulan .
Firdaus telah bertemu dengan seorang janda muda yang miliki 3 anak iaitu Yanti .Ros juga mengenali janda tersebut .Kerana mereka merupakan jiran tetangga .
Mulanya Firdaus berniat untuk membantu Yanti menumpangkan anak - anak Yanti pergi dan balik sekolah memandangkan sekolah anak - anak Yanti merupakan sekolah anaknya juga .Jadi tidak perlulah Yanti menghantar dan menjemput anak - anaknya .
Ros juga bersetuju mandangkan mereka adalah jiran yang berdekatan .Dan tidak salah membantu tambahan Yanti merupakan seorang ibu tunggal yang harus berkerja mencari nafkah buat dirinya dan anak - anaknya .
Tapi kata orang " harapkan pagar ,pagar makan padi ", setiap kepercayaan yang Ros beri .Dikhianati oleh mereka berdua .Dalam diam Firdaus dan Yanti menjalani hubungan cinta .
Bukan sekali dua terserempak mereka bermesra .Berjalan berdua berpimpingan tangan .Malah Ros pernah ternampak dikesamaran cahaya bulan mereka bermadu asmara .Berpelukan mesra .
Segala perbuatan mereka merobek jiwa Ros ." Kata orang andai pokok pisang disirami minyak petrol ,pastikan terbakar juga ." Begitulah permulaannya Ros bergelar janda .
Setelah makan hati dengan sikap suami dan mertua yang pentingkan diri .Akhirnya Ros akur bergelar janda .
Seorang janda yang ketandusan kasih dari seorang lelaki pasti akan mudah jatuh cinta lagi ......
Maaf andai cerita ini bakal menganggu emosi pembaca .Ini hanya ilusi tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang dah mati .Segala perwatakan hanyalah ciptaan belaka .Saya harap cerita ini boleh di ambil iktibar mana yang baik dan jadikan tauladan buat semua pembaca . Bagi yang sudi membaca coretan saya ini .Saya harap maafkan andai ada kekurangan atau ketelanjuran bahasa . Saya juga insan yang lemah ,cuba mencari jati diri di dalam dunia yang serba mencabar ini . Jangan lah pandang rendah kepada janda .Tidak semua wanita rela bergelar janda .Kami menjadi janda kerana terpaksa .Tampa rela di dalam jiwa .Namun janda juga punya harga diri .Jangan lah kami di pulau atau di benci .
Share this novel