Bab 15

Romance Completed 4426

Sejak kejadian hari itu sudah beberapa hari lkram tidak menghubungi Ros .
Hati Ros jadi tidak tenteram .Fikirannya sering teringatkan lkram .Ros telah cuba beberapa kali menghubungi kekasihnya itu tetapi setiap kali Ros membuat panggilan tidak pernah di angkat serta sering di tolak oleh lkram .
Berpuluh mesej di hantar tidak pernah di balas .Ros yakin lkram sudah berubah hati kepada gadis lain .
" lya mungkin dia sudah dapat gadis yang sesuai untuknya di luar sana ," Ros cuba menenangkan perasaannya dan memujuk hatinya .
Bagi lkram dia hanya mau Ros merasa betapa sakitnya perasaan dia bila berjauhan dan mereka tidak boleh berhubung lagi .
Jika boleh dia mahu Ros mencari
ikhtiar untuk datang mencari dan menemuinya .Dia mahu menjalani hubungan cinta yang sesungguhnya bukannya hayalan seperti apa yang mereka alami kini .
Perbuatan lkram cuba mendiamkan diri telah menambah kecewa di hati perempuan Ros .
Hanya air mata menjadi peneman di kala rindu kepada lkram menjelma .
Suatu hari ketika lkram membuka mesej dalam handfonnya dia ada terbaca satu pesanan ringkas dari status milik Jasmin anak gadis Ros di fac .
Pesanan itu berbunyi begini " Aku sayang mama .Tapi kini mama sedang sakit .Dia berada di hospital pada masa ini .Yaa ...Allah selamatkan mama ku " .
Setelah membaca status milik Jasmin dengan pantas lkram menghubungi nombor handfon milik Ros .
" Haloo " terdengar suara asing di hujung talian . " Maaf ,tuan telepon ni sekarang berada di dalam dewan bedah "kata suara di hujung sana lagi .
" Dewan bedah apa - apaan itu ?," tanya lkram tidak faham ." Maaf Encik saya tak tahu berbahasa lndonesia kalau Encik nak cakap dengan tuan telefon ini Encik telefon semula esok ya ", kata suara itu lagi .
lkram hanya diam dia mencari lrwan untuk bertanyakan maksud dari percakapan suara itu tadi .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience