BAB 7

Romance Completed 22145

” Masa bila pulak korang ‘terlajak kereta’ sampai mengandung ni? Macam mana boleh jadi macam ni? Tina, kau tu baru 18 tahun! Sanggup ke kau jadi seorang ibu muda? Kau sendiri yang kata enjoy dulu sebelum berkahwin kan? Mana akal kau?”

” Benda dah nak jadi aku nak buat macam mana lagi?” balasku main-main. Sengaja hendak mempermainkan Athlea.

” Jadi, sebab tu Tina jumpa doctor? Sebab Tina mengandung. Mengandung anak Hakim pulak tu! What have you done this time, Hakim? Kau sendiri selalu mengatakan yang Tina ni bukanlah perempuan yang menjadi taste kau? Sekarang apa dah jadi? Kau jangan nak diam sahaja! Cakaplah something! ” tengking Syamsul sambil menumbuk kereta Hakim. Wajahnya sudah merah padam.

Aku terkejut melihat reaksi Syamsul yang keterlaluan. Adakah dia begitu mengambil berat terhadapku? Hakim dan Athlea juga terpegun melihat sikap Syamsul yang pertama kali hilang sabar.

” Syam? Sampai hati kau tuduh aku? Kau tak percayakan aku ke? Aku tak pernah buat perkara yang terkutuk tu! Aku masih waras lagilah,” bela Hakim terhadap dirinya sendiri.

Hakim berjalan menghampiriku. Wajahnya merah padam. Tangannya mencengkam kedua belah bahuku.

” Tina, tell me the truth! Siapa yang telah mengandungkan kau? Kita sama-sama tahu yang aku tidak pernah menyentuh kau kan? Now, cakaplah siapa yang bertanggungjawab? Please, jangan jadikan aku pak sanggup! Aku dah ada tunang yang amat kucintai.”

Aku terdiam mendengar rayuan Hakim. Tidak menyangka yang perkara ini akan menjadi begitu serius. Tapi, aku geram juga kerana Hakim menuduh aku yang bukan-bukan. Masa untuk membalas dendam! Hehehehe…

” Hakim? Ini anak kita. Aku mengandungkan anak kau!”

” Bohong!!” jerit Hakim. ” Kau bohong! Itu bukan anak aku!”

” Ini anak lelaki kita. Kau kata yang kau nak anak lelaki kan? Nanti, dapatlah korang main bola sepak bersama-sama,” balasku sambil tersenyum simpul.

” Aku tak suka main bola sepak! Aku suka main bola keranjang. Wait, macam mana kau tahu yang anak yang kau kandung tu lelaki?” tanya Hakim hairan.

Senyumanku makin lebar mendengar pertanyaan Hakim. Dia sepertinya berminat dengan cerita rekaanku tentang anak lelaki ini.

” Aku tahulah! Instinct seorang ibu selalunya betul. Lagipun, kau cakap kau teringin sekali ada anak lelaki kan? Sekarang, impian kau dah tercapai. Hmm, kau nak namakan anak lelaki kita ni dengan nama apa? Kalau dia lahir nanti mesti dia comel kan?”

Membulat mata Hakim mendengar kata-kataku. Sedaya upaya aku menahan perasaan geli hati yang sudah menggeletek jantung, limpa dan perut aku sekarang ni. ‘Cayalah Tina…you’re the best actress in the World! Tengok, rambut karat yang cerdik pandai ini pun hilang kata-kata dibuat dek kau!’ bisik hati kecilku nakal.

” Cepatlah! Kau nak namakan anak kita dengan nama apa?” gesaku lagi.

Hakim masih terdiam seperti sedang memikirkan sesuatu. Dari wajah yang tegang perlahan-lahan wajahnya berubah redup.

” Hakim?” panggilku lembut. ” Kau dah pilih nama ke? Kalau tak, aku akan tanya Amar ataupun abang Syam!”

” Aiman! Syed Aiman Bin Syed Hakim. Aku nak namakan dia Syed Aiman. Anak lelaki sulung aku mestilah dinamakan Syed Aiman,” ucap Hakim tiba-tiba. Wajahnya begitu serius sekali. Aku tergamam. Tidak menyangka yang Hakim begitu serius menamakan anaknya yang tidak wujud itu.

” Apa? Baru sekarang nak mengaku. Tadi, beriya-iya kau menafikannya. Apa ni Hakim?”

” Entah! Tadi tak nak mengaku,” sampukku pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience