BAB 3

Romance Completed 22145

Buat apa aku nak berbohong kalau memang itulah kebenarannya. Tuhan marah kalau kita berbohong. Memandang wajah pemuda itu membuatkan aku hilang suara. Wajahnya seperti hendak memanggang aku hidup-hidup. Rasanya dalam certain hal, aku perlulah berbohong. Bohong sunat tak apa kan?

” Kau kata aku buncit?”

Aku tersengih macam kerang busuk.

” Taklah! Bukan buncit tapi boroi,” jawabku dengan suara yang perlahan.

” Samalah tu! Kau pernah tengok perut aku ke?”

Cepat-cepat aku menggelengkan kepala. Itupun nak marah ke? Baguslah kalau tak boroi! Takkan itu pun nak dijadikan isu yang besar.

” Tolong sign,” pintaku takut-takut.

Pemuda itu merengus kasar. Dia mula mencekak sebelah pinggangnya. Kertas yang aku tunjukkan dipandang sepi.

” Kau tahu nama aku?”

Aku menggelengkan kepala.

” Bagus! Aku beri masa selama seminit. Kalau kau masih tak tahu jugak, kau akan didenda. Faham? ” tengkingnya.

” Faham!” jawabku.

Bagai lipas kudung aku berlari kearah para senior yang sedari tadi menjadi pemerhati yang setia untuk menanyakan nama senior yang kerek itu. Puas aku merayu namun tiada seorang pun yang memberi kerjasama. Bencinya aku pada mereka. Akhirnya, masa seminit telah pun tamat.

” Hei kau! Mari sini! Masa dah tamat!” panggil pemuda itu.

Aku hanya menurut sambil menjeling tajam ke arah para senior tadi. Tak apa, ada ubi ada batas, ada hari confirm aku balas!

” Jadi, kau dah tahu nama aku?”

” Tak! Saya tak tahu.”

” Good! Sekarang, aku nak kau berlari pusing padang ini sebanyak 10 pusingan.”

Aku mula berpeluh. Besar padang yang dikatanya itu. Tak larat aku nak berlari. Jangankan 10 pusingan, satu pusingan pun aku tak sanggup!

” Tak boleh kurang ke?” rayuku.

” 15 pusingan,” jawab pemuda itu dingin.

Fahamlah aku yang setiap rayuanku tidak akan dilayan sama sekali. Hendak tak hendak terpaksalah aku menurut. Bunga ros ditanganku ku campak ke kaki pemuda sombong itu. Di dalam hati, aku telah mengibarkan bendera merah kepada pihak musuh. Musuh aku tentulah pemuda sombong yang tengah tersenyum kemenangan sekarang ini.

Aku memulakan larian dengan hati yang sebal. Kawan-kawan yang baru ku kenali memberi sorakan dan sokongan kepadaku untuk terus berusaha. Mungkin mereka pun telah dibuli seperti ku juga?

15 pusingan telah selesai akhirnya. Aku termengah-mengah setelah menamatkan larian. Peluh yang meleleh kuseka perlahan. Baju baruku menjadi mangsa untuk mengelap mukaku yang comot terkena tepung dan dibasahi peluh. Aku memandang sekeliling mencari wajah yang menyakitkan hatiku. Nun dia di kejauhan bersama-sama dengan para senior yang lain sedang mengetawakan aku. Bunga ros yang kubuang tadi dilambainya ke arahku.

BEBERAPA BULAN KEMUDIAN

” Kenalkan, ini Syed Hakim Tan Sri Syed Mohamad. Panggil dia abang Hakim. Dia roommate abang Syam.”

Aku mencebikkan bibir. Anak orang kaya rupanya patutlah berlagak semacam! Syed Hakim Bin Tan Sri Syed Mohamad rupanya nama abang senior sombong berlagak yang pernah membuliku dulu. Dia mungkin sudah melupakan aku kerana mukaku comot dek tepung dulu tetapi aku tak mungkin melupakannya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience