BAB 9

Romance Completed 22145

” Kitorang ada secret weapon. Just wait and see!” balasku dan terus menghampiri motosikalku dan berlalu meninggalkan mereka. Athlea membebel kerana dia belum sempat duduk lagi aku telah melarikan motosikalku.

Hakim melihat kelibat gadis-gadis itu yang masih bertekak dan semakin menjauh. Dia leka memerhati mereka sehingga tidak sedar yang dirinya menjadi perhatian rakannya.

” Aku tak sangka betul yang kau sanggup bertanggungjawab kalau Tina mengandung, Kim. Kau serius ke?” soal Syamsul serius.

” Kau rasa?” tanya Hakim kembali sambil ketawa.

Syamsul menjungkitkan bahunya. Dia tidak tahu hati Hakim bagaimana walaupun pemuda itu BFFnya. Pada pemerhatiannya, Hakim kelihatan serius untuk bertanggungjawab menerusi air mukanya walaupun pada mulanya dia menolak. Dia dapat melihat yang pemuda itu tertarik dengan cerita rekaan Tina tentang baby boy nya.

” Dahlah Syam. Apa lagi yang kau menungkan tu? Jom gerak. Setengah jam lagi game nak start ni,” kata Hakim sambil menepuk bahu kawannya.

” Tadi Lea kata yang mata air budak Tina tu datang sekali untuk beri support!”

” Mata air? Maksud kau kekasih? Ada juga rupanya orang yang hilang akal bercinta dengan budak kecik tu?” komen Hakim.

” Tapi ada lagi orang yang lebih hilang akal sebab sanggup berkahwin dengan budak kecik tu! Apa komen kau?” sindir Syamsul.

Hakim ketawa besar. Dia tahu yang Syamsul menyindirnya.

” Gila aku dibuat budak Tina tu!” keluhnya.

Syamsul tersenyum mendengar keluhan Hakim.

” Betul ke dia dah ada pakwe, Syam?” tanya Hakim lagi meminta kepastian.

Semakin lebar senyuman Syamsul mendengar pertanyaan Hakim.

” Aku saja nak tahu. Kau janganlah fikir yang bukan-bukan pulak! Budak Tina bukan taste aku,” ujar Hakim lagi. Dia tidak mahu Syamsul memikirkan yang dia menaruh hati pada gadis licik itu.

” Aku tak kata apa-apa pun! Kau yang terasa sendiri,” sindir Syamsul.

Hakim terdiam apabila dibidas oleh Syamsul. Lebih baik dia mendiamkan diri sahaja. Kalau tidak, tentu Syamsul akan menggunakan peluang itu untuk mengenakannya. Mengenangkan Tina membuatkan Hakim tersenyum sendiri. Syed Aiman? Bagaimanalah dia boleh berfikir sejauh itu? Tidak dapat dia hendak membayangkan jika dia dan Tina benar-benar menjadi suami isteri yang sah. Apatah lagi jika Tina benar-benar mengandungkan anaknya. Tetapi hatinya tertanya bagaimana agaknya rupa kekasih gadis itu?

Sampai sahaja di stadium negeri mereka dikejutkan dengan jumlah penonton yang tersangatlah ramainya. Perkara itu di luar kebiasaan mereka.

” Ramainya orang! Selalunya tak adalah seramai ini? ”

” Mungkin sebab team kau pernah menang johan negeri. That’s why lah diorang ingin nak tengok game korang secara real,” jawab Syamsul.

” Abang Hakim…”

” Kim, cheerleaders kipas susah mati kau dah sampai tu!”

” Gediklah diorang ni, Syam! Rimas aku!” keluh Hakim.

Syamsul ketawa kecil mendengar keluhan temannya. Dia memang amat memahami pendirian sahabatnya itu.

” Layan ajelah. Bukannya rugi pun,” pujuk Syamsul apabila melihat wajah Hakim yang sudah mencuka.

Gadis-gadis cheerleaders itu menghampiri mereka. Masing-masing cuba untuk menarik perhatian Hakim.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience