BAB 12

Romance Completed 22145

” Jaga baby boy aku yang tengah kau kandung! Jangan lasak sangat,” ulang Hakim lagi sambil mengenyitkan matanya kepadaku.

” Baby ??”

” Tina? Kau dengan abang Hakim? Sejak bila ni?”

” Dia bohonglah! Saja je nak kenakan aku tu. Kalau dah kalah tu buatlah cara kalah! Tak usahlah nak buat story mengarut pula kat sini! Lagipun, dia ni bukanlah jenis lelaki idaman aku!” sindirku pada Hakim. Dia selalu menggunakan ayat yang sama padaku. Kali ini, turn aku pula!

” Betul jugak kan? Takkanlah abang Hakim sudi nak menoleh ke arah kau kan? Korang berdua memang tak mungkinlah,” sampuk Yvonne.

” Amoi! Buruk sangat ke aku ni? Dah selalu sangat orang menoleh kat aku ni! Bukan susah pun nak menoleh tengok orang. Toleh macam ni, ” ujarku sambil membuat demo menoleh mukaku ke ke kiri dan ke kanan.

Semua ketawa mendengar kata-kataku termasuklah Hakim. Yvonne pula memasamkan mukanya. Dia rasa tersindir.

” Jadi, inilah secret weapon yang kau inform sebentar tadi? Well, not bad at all! ” puji Hakim.

” Tengok oranglah! Brilliant tak idea aku?” balasku. Terasa kembang hidung aku apabila dipuji.

” Brilliant kucing kau! Buat malu aku sebagai kapten pasukan je,” sergah Alex. Malu masih tak hilang lagi apabila mengenangkan apa yang telah berlaku tadi.

” Huh! Kau tu memang! Tak pernah nak mengucapkan terima kasih kat aku yang telah banyak berjasa ni. Even Kapten Loser pun tabik spring kat aku!” cebikku.

Hakim memasukkan kuih karipap yang tengah dimakannya ke dalam mulutku yang sedari tadi asyik membebel. Mungkin saja dia marah kerana aku menggelarnya ‘kapten loser’!

” Sedap! Yummy!! Thanks my honey! Kau memang hebat! Ada lagi karipapnya?” pintaku tanpa malu-malu.

Hakim menggelengkan kepalanya. Dia sudah tidak larat lagi hendak bersoal jawab dengan Tina. Letih mental dan fizikalnya apabila berhadapan dengan gadis itu.

” Dah habis! Jangan makan karipap banyak-banyak. Nanti anak aku montel macam kau jugak! Hilanglah kemachoan yang akan diwarisi dia dari gen aku nanti disebabkan kau!”

Usai berkata berkata begitu, terus saja Hakim meninggalkan kami. Aku mencebik geram. Asyik-asyik yang itu jugak yang dijadikan modal untuk menentang aku.

” Tina, betul ke kau tak mengandung? Apa betul semua yang dikatakan oleh abang Hakim tadi?” soal Saodah ingin tahu. Semua wajah memandangku dengan dahi berkerut seribu Kecuali Athlea yang dari tadi asyik mengunyah karipap sahaja sambil tersengih-sengih. Mungkin dia yang mempelawa Hakim untuk makan kuih tadi? Aku tidak pula dipelawanya! Bertuah punya kawan!!

” Tak caya sudah! Belilah pregnancy test kat farmasi sekarang. Aku tak takut sebab aku memang tak mengandung,” tegasku dan berlalu meninggalkan mereka yang masih termangu-mangu untuk mencernakan kata-kataku sebentar tadi.

” Korang selalu sangat bergurau macam ni! Nanti jadi betul-betul baby boy tu baru tahu!”

” Lea, mulut kau ni kan memang nak kena beli insurans tau! Asyik nak menyumpah hidup aku aje,” marahku.

” Kun Fa Ya Kun, Tina! Jika Tuhan berkehendak maka terjadilah sesuatu perkara itu! Siapalah kita sebagai manusia lemah yang boleh menolaknya!”

” Whatever!! Asal kau bahagia!’’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience